Sunday, 22 March 2015

SOALAN-SOALAN UJIAN PRESTASI MURID

UJIAN 1 ( Bulan April 2015 )
Arahan am :
Jawab semua soalan dalam buku tulis anda dengan menulis arahan soalan dan jawapan dengan terang. Anda tidak perlu menyalin soalan.















Bahagian A
Arahan: Jawab semua soalan.

1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)   Sharifah dan Rahimah saling tuduh-menuduh apabila ditanya oleh guru disiplin tentang punca pergaduhan tersebut.
-saling menuduh atau tuduh-menuduh

(ii)  Sekawan burung-burung terbang mencari makanan sebaik-baik sahaja fajar menyingsing.
-sekawan burung

(iii)  Baginda Sultan Melaka akan bertolak ke Palembang pada kira-kira pukul 9:00 pagi nanti.
- berangkat (iv)  Selepas kemalangan itu, Razali asyik termenung dari hari ke sehari.
-dari hari ke hari / dari sehari ke sehari

                                                                         ( 8 markah)


2. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan.
Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)  Encik Samad telah mengupah akitek terkenal bagi merangka pelan rumah idamannya.
- arkitek

(ii)  Guru disiplin sekolah itu memberikan amaran bahawa murid-murid yang tidak memakai tanda nama dan stokin akan dikenakan tindakan.
- stoking 

(iii)  Kita perlu senantiasa tawakkal agar kita tidak berasa waswas ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
- tawakal

                                                                         ( 3 markah )

3. Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk. 

(i)  Lina datang lewat ke sekolah.
      Mary datang lewat ke sekolah.
      Zetty datang lewat ke sekolah.
      Lina, Mary, dan Zetty datang lewat ke sekolah.

(ii)  Maimon tidak hadir ke sekolah.
       Maimon sakit perut.
       Maimon tidak mengirimi gurunya surat.
       Maimon tidak hadir ke sekolah kerana sakit perut namun dia 
       tidak mengirimi gurunya surat.

(iii)  Harun mulai buka mata.
        Semua kawannya telah berjaya.
        Mereka rajin belajar.
        Harun mulai buka mata apabila semua kawannya telah berjaya 
        kerana mereka rajin belajar.

(iv)  Pokok manggis itu tinggi.
        Dia cuba memanjatnya.
        Dia teringin hendak makan buahnya.
        Walaupun pokok manggis itu tinggi namun dia cuba 
        memenjatnya kerana teringin hendak makan buahnya.

(v)  Jali duduk di bebalai.
       Karim duduk di bebalai.
       Mereka berbual-bual kosong.
       Jali dan Karim duduk di bebalai sambil berbual-bual kosong.

                                                                        ( 10 markah )


4. Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.

1.  Mereka menghiasi kereta berhias bertemakan flora dan fauna itu dengan bunga-bungaan.
Kereta berhias bertemakan flora dan fauna itu dihias oleh mereka dengan bunga-bungaan.

2.  Kamariah telah menghadiahi Cikgu Mahani serawan kerongsang bersempena dengan Hari Guru.
Cikgu Mahani telah dihadiahi serawan kerongsang oleh Kamariah bersempena dengan Hari Guru.
Cikgu Mahani telah dihadiahkan oleh Kamariah serawan kerongsang bersempena dengan Hari Guru.

3.  Tun Perak telah mengarahkan hulubalang supaya memacakkan jamung di sepanjang pantai negeri Melaka.
Hulubalang telah diarahkan oleh Tun Perak supaya memacakkan jamung di sepanjang pantai negeri Melaka.

4.  Pasukan remaja hoki negara telah menjuarai Kejohanan Hoki Remaja Asia baru-baru ini.
Kejohanan Hoki Remaja Asia telah dijuarai oleh pasukan remaja hoki negara baru-baru ini.

5.  Beberapa orang pejuang negara turut menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah saya.
Sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah saya turut dihadiri oleh beberapa orang pejuang negara.

                                                                   ( 10 markah )


5.  Kenal pasti pola-pola ayat tunggal berikut sama ada FN+FN, FN+FK, FN+FA atau FN+FS.

(i)  Ketua pasukan itu mengarahkan orang bawahannya membuat tinjauan di kawasan kaki bukit itu.
FN+FK

(ii)  Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj seorang negarawan ulung negara ini yang dikenal sebagai Bapa Kemerdekaan.
FN+FN

(iii)  Suhu hari ini agak sejuk kerana cuaca mendung sejak pagi tadi.
FN+FA

(iv)  Perjalanan saya dari Pulau Pinang ke Johor Bahru mengambil masa lebih kurang enam jam.
FN+FS

(v)  Iskandar amat marah apabila rakan kongsinya menggelapkan wang syarikat.
FN+FA

                                                                          ( 12 markah )


6.   Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan gambar tersebut, tulis satu peribahasa yang sesuai.













(i)  Buah tangan













(ii) Mata duitan













(iii)  Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.












(iv) Membaca jambatan ilmu













(v) Burung terbang dipipiskan lada


                                                                    ( 10 markah )

Bahagian B

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.




                    - Memandu kenderaan dengan laju

                    - Melanggar lampu isyarat

                    - Memandu dalam keadaan letih





                                                                            (15 markah )





                                                                            
PARA PELAJAR YANG CIKGU KASIHI, JAWAB SOALAN-SOALAN UJIAN INI DENGAN CERMAT DAN PENUH SEMANGAT SERTA PASTIKAN ANDA MEMPEROLEH MARKAH YANG CEMERLANG. SELAMAT MENCUBA.









1 comment:

  1. mohon share ye cikgu. terima kasih..blog yg sngat bagus

    ReplyDelete