Friday, 20 March 2015
Menukarkan ayat PT3
( Oleh : Cikgu Rashid Lewan )
A. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.
Latihan 1
1. Encik Razak menghantar anak lelakinya ke sekolah
berasrama.
2. Mereka telah menyusun kerusi dan meja di dewan kuliah
umum pada pagi tadi.
3. Bapa saya selalu membersihkan semak samun di
belakang rumah pada setiap bulan.
4. Ibu telah menyelimutkan adik yang kesejukan itu dengan
sehelai kain.
5. Semua murid telah menyetujui cadangan Cikgu Abdullah
itu.
6. Pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor
itu sedang mengelaskan buku kepada beberapa kategori.
7. Mereka menaiki bas Ekspres Maju untuk ke Kuala
Lumpur.
8. Pekedai itu menjual alat-alat tulis di kedainya.
9. Awak telah meminjam buku cerita saya pada minggu
lepas.
10. Saya akan mengemaskan bilik adik setiap pagi, sebelum
saya pergi ke sekolah.
Latihan 2
1. Yang Berhormat Menteri Pelajaran akan mengumumkan keputusan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 tidak lama lagi.
2. Semua calon boleh mengambil keputusan peperiksaan SPM di sekolah
masing-masing.
3. Pengetua sekolah mengarahkan semua pelajar agar berpakaian kemas
apabila hadir ke sekolah.
4. Murid-murid di sekolah saya akan menduduki peperiksaan akhir tahun pada
minggu hadapan.
5. Kerajaan akan melaksanakan Kempen Antirokok demi memastikan rakyat
sentiasa dalam keadaan sihat.
6. Nenek telah menjahit baju ayah yang koyak itu.
7. Dia menolong Cikgu Abdullah membawa buku ke pejabat sebaik-baik sahaja
loceng rehat berbunyi.
8. Pengetua selalu mengingatkan para pelajar agar sentiasa fokus dalam
pelajaran jika ingin menjadi murid yang cemerlang.
9. Rakyat yang beragama Islam merayakan hari raya dengan meriah sekali.
10. Kita mestilah menghormati ibu bapa dan guru yang telah banyak
berjasa kepada kita.
Latihan 3
1. Ahli keluarganya menyokong Azli untuk menceburi bidang perniagaan.
2. Kita akan mengadakan majlis sambutan hari jadi kakak pada awal bulan
hadapan.
3. Mak Munah menghadiahi anaknya sebuah basikal setelah dia lulus dengan
cemerlang dalam UPSR.
4. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi tingkah laku anak-anak supaya
mereka tidak terjebak dalam penyalahgunaan najis dadah.
5. Para remaja hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
dan kemahiran dalam menghadapi era globalisasi yang penuh cabaran ini.
6. Rahman terpijak paku semasa berjalan ke rumah Pak Busu.
7. Mak Cik Sarah memarahi Amira kerana memecahkan pasu bunga
kesayangannya itu.
8. Ayah saya menyambut kedatangan bakal besannya dengan tangan terbuka.
9. Para pelajar sedang mendirikan khemah di tengah padang sebagai persiapan
pesta sukan tahunan yang akan diadakan tidak lama lagi.
10. Bapa merebus ketupat dan membakar lemang untuk hidangan hari raya nanti.
Latihan 4
1. Encik Abu baru sahaja membeli sebuah rumah banglo yang terletak di atas
bukit itu.
2. Para pelumba basikal itu mengayuh basikal mereka dengan laju dengan
harapan untuk mendapat tempat pertama dalam perlumbaan tersebut.
3. Cikgu Sharifah menasihati murid-murid agar mereka menyiapkan segala
tugasan, sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing.
4. Kakak telah mengambil buku cerita saya semalam.
5. Saya akan mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh, sebagai
persediaan untuk menghadapi ujian bulanan.
6. Emak sedang mencuci pakaian yang kotor itu di dalam bilik air.
7. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di sekolah
berasrama penuh.
8. Bapa memasukkan sedikit gram ke dalam sup ayam yang sedang menggelegak
itu.
9. Tuan Abu Bakar menyandang jawatan yang sangat penting dalam syarikat itu.
10. Anda patut menyiapkan kerja kursus itu sebelum hari Rabu depan.
Latihan 5
1. Menteri Pelajaran telah mengingatkan para pelajar agar bergiat aktif dalam
kokurikulum.
2. Semua orang menentang kenaikan harga minyak baru-baru ini kerana akan
memberi kesan kepada harga barangan keperluan.
3. Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman
daripada pelajar yang cemerlang.
4. Beberapa orang pelajar perempuan telah berjaya menjalani latihan bola jaring
dengan baik sebelum mereka menyertai perlawanan pada minggu hadapan.
5. Baginda sultan telah menganugerahi pahlawan yang gagah berani itu bintang
kebesaran dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Bukit
Gantang, semalam.
6. Guru disiplin sekolah saya telah menahan beberapa orang pelajar yang disyaki
mencuri wang kepunyaan pelajar tingkatan tiga.
7. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka sejak
kecil lagi agar mereka menjadi insan yang mulia.
8. Para penonton telah membanjiri stadium sejak awal-awal lagi, untuk
menyaksikan perlawanan bola sepak antara Pasukan Kedah dengan Pasukan
Johor.
9. Pihak polis telah berjaya memberkas beberapa orang pemuda yang disyaki
menyeludup rokok dari negara jiran.
10. Kita hendaklah sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya supaya kita
tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Latihan 6
1. Dia memendang bola itu ke pintu gol.
2. Engkau harus menyertai kejohanan catur itu.
3. Bapa menghadiahkan sebuah buku cerita kepada adik kerana lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun.
4. Mereka akan mempersembahkan tarian singa malam ini.
5. Kerajaan akan menyiapkan projek itu secepat mungkin.
6. Ibu mengambilkan ayah secawan kopi sebalum beliau pergi ke pejabat.
7. Kamu hendaklah menjalankan eksperimen itu dengan teliti agar tidak berlaku
kejadian yang tidak diingini.
8. Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman gantung sampai mati.
9. Parisha mengulang kaji pelajarannya dengan tekun di dalam biliknya.
10. Mereka menjalani latihan olahraga pada setiap petang.
Latihan 7
1. Pak Arif membawa anak-anaknya ke Zoo Negara.
2. Aku ingin menceritakan masalahku kepada Cikgu Suriani.
3. Pemimpin kita telah berjaya mentadbir negara Malaysia dengan bijaksana.
4. Kakak telah mengundang Khairi ke majlis pertunangan abang saya pada
minggu hadapan.
5. Syarikat itu telah menubuhkan cawangan yang keempat di Kawasan
Perindustrian Tebrau, Johor Bahru.
6. Banjir telah melanda kampung itu pada minggu lepas.
7. Orang kampung tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka yang
hanyut.
8. Para pekerja sedang memangkas pokok-pokok itu supaya tidak menghalang
penglihatan orang ramai yang lalu-lalang di jalan itu.
9. Mahasiswa itu mengemaskinikan nota pelajaran supaya mudah untuk membuat
ulang kaji.
10. Kamu tidak harus memperalat orang yang lurus bendul itu dengan sewenang-
wenangnya.
8. Orang ramai turut membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir ke tempat
yang selamat.
9. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat digemarinya itu.
10. Beliau memegang jawatan yang sangat penting dalam syarikat itu.
Latihan 8
1. Pokok teratai yang berwarna-warni itu melitupi permukaan air.
2. Golongan remaja kurang berminat dengan majalah bercorak akademik mekipun
bahan di dalamnya memberikan ilmu kepada mereka.
3. Orang tua itu mendiami pondok buruk yang beratapkan rumbia dan
berdindingkan buluh.
4. Nenek menjahitkan adik seluar pada hujung minggu yang lalu.
5. Kami tidak berani menghampiri rumah itu kerana takut akan anjing peliharaan
tuan rumah tersebut.
6. Mereka terpaksa menangguhkan kerja-kerja memperdalam sungai itu berikutan
musim hujan, baru-baru ini.
7. Cikgu Rami telah membaiki mesin pencetak yang rosak itu semalam.
8. Majikannya telah melantik Encik Azmi sebagai pengurus syarikat itu.
9. Engkau hendakalah memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh
itu dengan segera.
10. Kami akan menghagai segala teguran daripada ibu bapa saya.
Latihan 9
1. Syarikat itu menawarkan kadar faedah yang tinggi kepada pelabur yang ingin
melabur dalam projek yang dijalankan itu.
2. Pihak Jabatan Hasil Dalam Negeri mengingatkan orang ramai agar
menjelaskan cukai pendapatan tahun taksiran 2014 dengan segera.
3. Kerajaan menyeru masyarakat agar berganding bahu bagi menghapuskan
kegiatan cetak rompak.
4. Juruhebah kesukaan ramai itu selalu menyiarkan lagu-lagu kegemaran
penedengar sehingga rancangan yang dikendalikannya sering mendapat
sambutan yang menggalakkan.
5. Jawatankuasa pertandingan wau itu memandang sepi terhadap segala aduan
peserta terhadap pengendalian pertandingan itu.
6. Dua orang penjenayah sedang menahan seorang wanita untuk dijadikan
tebusan.
7. Pihak kerajaan menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika
berjalan, untuk menggelakkan daripada menjadi mangsa ragut.
8. Murid-murid sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Ramli.
9. Seorang anggota polis telah menahan seorang pemandu lori yang didapati
bersalah kerana membawa muatan berlebihan.
10. Para pelajar sedang menghias taman sains agar kelihatan lebih bersih dan
ceria.
B. Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa
mengubah maksud asalnya.
Latihan 1
1. Ibu yang sedang berehat di beranda kuambilkan segelas
air.
2. Program Nilam dilancarkan oleh pihak sekolah sejak
tahun 2006 lagi.
3. Kanak-kanak yang hilang itu telah berjaya ditemukan oleh
pihak polis pada pagi Ahad kelmarin.
4. Kesalahan dalam kes itu diakui oleh gadis pendatang
asing itu.
5. Rumahnya sering dikunjungi oleh saudara-mara pada
setiap hujung minggu.
6. Keropok-keropok yang telah dipotong nipis-nipis itu telah
dijemur oleh pekerja-pekerja di kilang pemprosesan
keropok itu.
7. Bilik tidur ibu telah saya kemas pagi tadi.
8. Pentas di dewan itu telah kami hias dengan cantiknya.
9. Kereta Encik Borhan yang rosak itu telah dibaiki oleh
Kamal.
10. Pesalah itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati
oleh mahkamah.
Latihan 2
1. Kampung itu dilanda banjir besar.
2. Harta benda mereka yang hanyut itu tidak dapat diselamatkan oleh orang
kampung.
3. Perahu kami gunakan untuk memindahkan mangsa banjir.
4. Mangsa banjir turut dibantu oleh orang ramai untuk berpindah ke tempat yang
selamat.
5. Bantuan wang ishan untuk meringankan beban kesusahan yang dialami oleh
mangsa banjir disalurkan oleh kerajaan.
6. Bekalan makanan dan keperluan harian untuk mangsa banjir tersebut turut
disumbangkan oleh pihak swasta.
7. Semua amanat dan pesanan ayah itu telah saya sempurnakan.
8. Kebanyakan perabot yang telah usang tetapi masih tersimpan di pejabat ini
hendaklah awak lupuskan.
9. Sungai yang dalam dan berarus deras itu terenang juga oleh semua peserta
yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
C.Tukarkan ayat songsang di bawah ini kepada ayat biasa
tanpa mengubah maksud asalnya.
Latihan 1
1. Tidur bertilamkan simenlah pengemis-pengemis itu.
2. Telah menelan ubatlah pesakit yang berbadan gemuk itu.
3. Sedang melayan pengunjung restorannya lelaki
berbangsa India itu.
4. Kawan yang amat rapat dengan saya dialah.
5. Akhirnya siap juga projek pembangunan pasar raya yang
terbengkalai itu.
6. Diharunginya dengan sabar dan tawakal saat-saat
genting dalam hidup.
7. Tetap menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen
walaupun berpendapatan kecil Encik Basiran.
8. Benar belaka semua khabar angin tentang salah laku
tokoh politik itu.
9. Merancang perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran
ketika berbelanja Puan Salmah.
10. Sedang bermain bola di padang yang luas itu mereka.
D. Tukar ayat biasa di bawah ini kepada ayat songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.
Latihan 1
1. Bilangan pendatang asing ke negara kita semakin
meningkat dari setahun ke setahun.
2. Murid yang cacat pendengaran itu gigih sungguh
mengulang kaji pelajaran.
3. Ayah masih belum pulang dari pejabat walaupun sudah
pukul 9.00 malam.
4. Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di halaman rumah
dengan riang.
5. Beberapa orang murid sedang berbincang tentang tajuk
karangan di dalam perpustakaan.
6. Ramli dan Razali akan menyaksikan perlawanan bola
sepak di padang sekolah pada petang nanti.
7. Shamugam terpaksa menangguhkan hasratnya untuk ke
Bali kerana ibunya telah meninggal dunia pagi tadi.
8. Peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini
kian ketara kerana penguatkuasaan undang-undang
yang kurang tegas.
9. Amalan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang
sihat adalah penting untuk menghindari penyakit kronik.
10. Para pelajar itu amat rajin membuat latihan Bahasa
Melayu.
Latihan 2
1. Pelajar yang cacat penglihatan itu gigih berusaha.
2. Ibunya masih belum pulang dari pejabat.
3. Murid-murid kelas tadika itu berkejar-kejaran di padang sekolah.
4. Dia menulis rencana itu di bilik bacaan.
5. Semua umat Islam wajib bertawakal kepada Allah.
E. Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada bentuk cakap pindah.
Latihan 1
1. "Bagaimana kalau kita berlatih badminton bersama-sama pada petang ini,"
Anuar memberikan cadangan kepada Ramli.
2. Azza : Hai, Farah! Semalam awak tidak datang ke rumah Farhana. Mengapa?
3. "Bagaimanakah kamu mengulang kaji pelajaran, Salwa?" tanya Ina.
4. "Jika kalian ada kelapangan, datanglah ke rumah saya malam ini," kata Salleh
kepada kawan-kawannya.
5. "Maafkan saya, cikgu, saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana basikal saya
rosak," kata Arni kepada Cikgu Salimah.
6. "Kamu hendaklah berhati-hati semasa meniti titi itu," kata Cikgu Nazri kepada
murid-muridnya.
7. "Saya meminta maaf kalau ada perbuatan saya selama ini yang menyinggung
perasaan nenek," kata Jamil sambil bersalam dengan Nenek Timah.
8. "Di manakah letaknya Kampung Teluk Jawa? tanya Intan kepada Salina.
9. "Berapakah jumlah peserta yang mengambil bahagian dalam program anak
angkat di Pulau Tioman itu? tanya Arif kepada Teng Sheng.
10. "Kami hendak pergi ke perpustakaan awam selepas makan ais kacang di
gerai Pak Fais," kata Zahira dan Alisa kepada Sumi.
Latihan 2
1. "Dinding sekolah ini hendaklah kamu cat dengan teliti supaya kelihatan kemas
dan cantik," kata Cikgu Abdullah kepada Samsuddin.
2. "Saya berasa sedih apabila membaca kisah penderaan kanak-kanak di
akhbar baru-baru ini," kata Mazila kepada Julia.
3. "Usahlah dikenang peristiwa pahit itu lagi," nasihat nenek kepada Azli.
4. "Tolong ibu berikan buah mangga ini kepada jiran kita itu,"kata ibu kepada
kakak.
5. "Mengapakah emak lambat pulang pada hari ini,' tanya Haryani kepada
kakaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment