Friday, 20 March 2015
Penganalisisan Ayat
A. Kenal pasti dan tulis Subjek dan Predikat bagi setiap ayat di bawah ini.
1. Sungai Plentong semakin hari semakin tohor sehingga
airnya sampai paras lutut.
Subjek: Sungai Plentong
Predikat: semakin hari semakin tohor sehingga airnya
sampai paras lutut.
2. Orang tua yang tinggal di hujung kampung dan dikenali
sebagai Pak Hitam itu, sebenarnya ialah seorang pejuang
kemerdekaan tanah air kita.
Subjek: Orang tua yang tinggal di hujung kampung dan
dikenali sebagai Pak Hitam itu
Predikat: sebenarnya ialah seorang pejuang
kemerdekaan tanah air kita
3. Pada setiap hujung minggu, Isyraf dan adiknya akan
menziarahi nenek mereka Wah, yang tinggal di kampung
itu.
Subjek:
4. Catur merupakan permainan minda yang diperkenalkan
oleh orang Arab ke Benua Eropah selepas Semenanjung
Liberia ditakluki pada kurun kelapan.
Subjek: Catur
Predikat: merupakan permainan minda yang
diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua
Eropah selepas Semenanjung Liberia ditakluki
pada kurun kelapan.
5. Hisham yang berjalan sambil membimbit sebuah raga
yang sederhana besarnya, melaung-laungkan suara yang
tinggi menjaja nasi lemak dan kuih koci buatan ibunya.
6. Setelah puas merenung ke arah samudera yang luas
terbentang di hadapan mereka, Hakimah mengajak Ayu
pulang ke rumahnya.
7. Taraf hidup yang tinggi di bandar membebankan
golongan miskin.
8. Ribut yang kencang malam tadi telah meranapkan
beberapa buah rumah penduduk kampung itu.
9. Kejadian banjir yang teruk melanda beberapa negeri di
pantai timur.
10. Pasukan Bola Sepak Remaja Kebangsaan telah
menewaskan Kelab Bola Sepak Singapura.
11. Puan Sarah menghadiahi anak perempuannya seutas
rantai.
12. Penyakit kuku dan mulut menjangkiti ternakan lembu di
kawasan itu.
13. Pak Ahmad diminta mengandangkan lembu-lembunya
itu.
14. Lauk-pauk yang di atas meja itu dimasak oleh ibu Salmi.
15. Adik merengek sejak tadi kerana badannya tidak sihat.
16. Penduduk di perkampungan nelayan itu sedang
menambak tebing pantai itu.
17. Cantik betul baju kurung yang diperbuat daripada kain
sutera ini.
18. Sudah rosak jam tangan adik yang di atas meja itu.
B. Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
(FN + FS)
1. Wanita itu sahabat pena kakak saya.
FN+FN
2. Buku cerita yang tebal itu sangat mahal.
FN+FA
3. Bas Ekspres Nasional itu dari utara.
FN+FS
4. Perdana Menteri akan merasmikan majlis itu.
FN+FK
5. Kek coklat itu sedap rasanya.
FN+FA
6. Para doktor sedang merawat mangsa-mangsa kebakaran
itu.
FN+FK
7. Mak Busu sentiasa sibuk di dapur.
FN+FA
8. Kak Siti ke pasar malam.
FN+FS
9. Puan Badariah sedang menganyam tikar mengkuang.
FN+FK
10. Anak saudara saya pemain badminton negara.
FN+FN
11. Para nelayan sedang menangkap ikan di laut.
FN+FK
12. Rumah itu mahal harganya.
FN+FA
13. Cikgu A.Rahman ialah guru Bahasa Melayu saya.
FN+FN
14. Alat-alat tulis itu adalah untuk adik saya.
FN+FS
15. Pak Cik Mahmud sedang menanam pokok pisang.
FN+FK
16. Beliau ialah pemimpin negara itu.
FN+FN
17. Baju kebaya itu sangat halus sulamannya.
FN+FA
18. Adik saya melompat-lompat dengan riang.
FN+FK
19. Kakak masih tidur.
FN+FK
20. Bas itu dari Taiping.
FN+FS
21. Badan penagih dadah itu kurus kering.
FN+FA
22. Teman wanita Teng Seng ialah seorang gadis Filipina.
FN+FN
23. Meja makan itu sangat berat.
FN+FA
24. Basikal itu adalah untuk kakak saya.
FN+FS
25. Rumah Siti Nurhaliza terletak di Taman Megah Ria.
FN+FS
26. Kasut sukan adik sudah koyak.
FN+FA
27. Nenek sedang memasak makanan di dapur.
FN+FK
28. Bubur nasi Mak Limah sangat sedap.
FN+FA
29. Rumah itu ialah rumah Tuan Arif.
FN+FN
30. Dewan sekolah saya sangat besar dan cantik.
FN+FA
31. Kereta ayah saya berwarna hijau muda.
FN+FA
32. Wisma Pahlawan terletak di Kuala Lumpur.
FN+FS
33. Pekerja asing itu ialah pembantu rumah Datuk Bandar.
FN+FN
34. Pemandangan di tepi pantai Berangan itu indah pada
waktu senja.
FN+FA
35. Kerajaan gigih membanteras kegiatan rasuah dalam
kalangan kakitangannya.
FN+FA
36. Encik Bahrum ialah pengurus syarikat itu.
FN+FN
37. Kakak-kakak itu sedang bermain di taman permainan.
FN+FK
38. Pak Zahid ialah seorang tukang besi.
FN+FN
39. Tulisan Nabilah sangat kemas.
FN+FA
40. Rumah Aisah ialah rumah kayu.
FN+FN
C. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat-ayat tersebut sama ada Ayat Penyata, Ayat Perintah, Ayat Seruan atau Ayat Tanya.
1. Puan Siti baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata
perempuan.
Ayat penyata
2. Ayah pulang dari Arab Saudi bila?
Ayat tanya
3. Ambilkan saya segelas air di atas meja itu.
Ayat perintah
4. Usahlah dikenang peristiwa pahit itu lagi.
Ayat perintah
5. Tarikh perkahwinan anak kamu itu bila?
Ayat tanya
6. Ah, jangan haraplah aku akan ke rumahnya lagi!
Ayat seruan
7. Bagaimanakah cara membuat kek lapis itu?
Ayat tanya
8. Latihan itu mesti kamu hantar kepada saya esok.
Ayat perintah
9. Jangan kunjingi pesakit selepas pukul 8.30 malam.
Ayat perintah
10. Pasukan Rumah Merah telah memenangi acara lompat
tinggi.
Ayat penyata
11. Tolong tutup suis lampu sebelum kamu meninggalkan
kelas.
Ayat perintah
12. Para pekerja Majlis Bandaraya Johor Baharu sedang
memperindah taman permainan itu.
Ayat penyata
13. "Murid-murid dikehendaki hadir ke sekolah petang ini
untuk menjalani latihan bola sepak," kata Cikgu Harun.
Ayat perintah
14. Ambillah mana-mana pokok yang kamu suka.
Ayat perintah
15. Siapakah pemuda yang berbaju biru itu?
Ayat tanya
16. Adik melompat-lompat kegembiraan apabila mengetahui
ibu telah pulang dari pasar.
Ayat penyata
17. Aduhai, malang sungguh mangsa-mangsa letusan
gunung berapi itu!
Ayat seruan
18. "Harap tuan-tuan bersabar, kerana majlis akan bermula
tidak lama lagi," kata juruacara.
Ayat perintah
19. Jemputlah makan hidangan di atas meja itu.
Ayat perintah
20. Cantiknya!
Ayat seruan
D. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian tentukan sama ada ayat tersebut ayat Ayat Suruhan, Ayat Larangan, Ayat Silaan atau Ayat Permintaan.
1. Pergi kau ke sana.
2. Usahlah ditanya ke mana aku pergi.
3. Jangan pergi ke tempat itu.
4. Silalah datang ke rumah saya.
5. Minta tuan-tuan datang awal ke majlis itu nanti.
6. Keluar dari rumah ini.
7. Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
8. Jemputlah makan.
9. Jangan ulangi perbuatan itu lagi.
10. Ambil buku itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment