KATA HUBUNG
Daripada tidur lebih baik saya membaca buku.
Kata Hubung berfungsi sebagai penyambung ayat dan perkataan. Kata hubung terbahagi kepada tiga, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.
A. Kata Hubung Gabungan
1. tetapi
Razali gemar membaca buku cerita tetapi isterinya
tidak.
2. serta
Ramli serta rakan-rakannya bermain layang-layang.
3. atau
Awak boleh memilih yang ini atau yang itu.
4. bahkan
Aminah bukan sahaja pandai bahkan rajin menolong
rakan-rakannya.
5. sedangkan
Arif masih belum menjelaskan yuran sedangkan
ayahnya orang kaya.
6. dan
Maimunah suka makan nasi lemak dan mi goreng.
7. sambil
Kanak-kanak di atas pentas itu menyanyi sambil
menari.
8. kecuali
Semua anak Encik Azrul menuntut di luar negara
kecuali anaknya yang bongsu.
9. padahal
Sani masih tidak dapat membuat layang-layang itu
padahal saya telah mengajarnya berkali-kali.
10. lagi
Pemandangan di puncak gunung itu indah lagi
mendamaikan.
11. melainkan
Ramu tidak akan menyertai lawatan itu melainkan
mendapat kebenaran daripada ibu bapanya.
12. lalu
Salmiah masuk ke bilik lalu merebahkan badannya di
atas katil.
13. malahan
Pemuda yang tampan itu bukan sahaja kaya raya
malahan berbudi bahasa.
14. maka
Budak itu nakal maka dia dipukul oleh ibunya.
B. Kata Hubung Pancangan
(a) Pancangan Relatif
1. yang
Aminah dapat membaca novel yang tebal itu dalam
tempoh tiga hari.
(b) Pancangan Komplemen
1. untuk
Kakak pergi ke kedai runcit untuk membeli gula.
2. bahawa
Cikgu Amin memberitahu kami bahawa lawatan
sambil belajar ke kilang itu dibatalkan.
(c) Pancangan Keterangan
1. kerana
Dia lambat tiba di sekolah kerana basikalnya rosak.
2. agar
Rajin-rajinlah membaca buku ini agar kamu cepat
pandai.
3. Kalau
Kalau saya menjadi orang kaya saya akan membeli
sebuah rumah banglo.
4. andai kata
Andai kata adik menangis, engkaulah yang patut
memujuknya.
5. jika
Saya akan membantu orang-orang miskin jika saya
sudah bekerja nanti.
6. apabila
Para penonton tertawa apabila melihat telatah pelawak itu
7. hingga
Penduduk kampung bergotong-royong dari pagi
hingga petang.
8. biarpun
Biarpun hidupnya susah, dia selalu menghulurkan
derma.
9. supaya
Belajarlah bersungguh-sungguh suapya kamu lulus dengan
cemerlang dalam UPSR nanti.
10. ketika
Pada ketika kemalangan itu berlaku saya sedang
tidur.
11. sungguhpun
Sungguhpun orang itu kaya, dia tidak kedekut.
12. kendatipun
Wanita itu masih kuat bekerja kendatipun umurnya
sudah lanjut.
13. sewaktu
Hujan turun dengan lebatnya sewaktu dia tidur.
14. lantaran
Kepala adik berdarah lantaran dia terjatuh di atas
jalan raya.
15. setelah
Setelah menyiapkan kerja-kerja itu, kami pun
pulang ke rumah masing-masing.
16. manakala
Rumah Akif besar manakala rumah Ramli kecil.
17. sementara
Para petani menanam jagung sementara
menunggu padi yang ditanam membuahkan hasil.
18. meskipun
Ayah masih belum pulang dari kebun meskipun
hari sudah gelap.
19. semenjak
Semenjak kejadian itu, dia tidak datang ke rumah
saya lagi.
20. sampai
Saya menunggunya di sini sampai pukul 5 petang.
21. selama
Saya tidak pernah melihat telur penyu selama saya
tinggal di sini.
22. selagi
Kamu tidak boleh pulang selagi belum menyiapkan
kerja-kerja ini.
23. sekiranya
Adik pasti gembira sekiranya mengetahui nenek
akan datang petang nanti.
24. sejak
Saya berkawan dengannya sejak dia kecil lagi.
25. sebelum
Telefonlah saya sebelum awak datang ke rumah kami.
26. walaupun
Walaupun dia pandai, namun dia tidak sombong.
27. tatkala
Hujan turun dengan lebat tatkala dia sedang
menebang pokok.
C. Kata Hubung Berpasangan
1. walaupun ..........namun
Walaupun dia berbadan gemuk namun dia tidak kuat
makan.
2. bagaimana.........begitulah
Bagaimana kelakuan ayahnya begitulah kelakuan
anak-anaknya.
3. sungguhpun..........tetapi
Sungguhpun dia berbadan kurus tetapi kuat makan.
4. baik.......baik
Baik Razali baik Salimah sama-sama bijak dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
5. semakin........semakin
Semakin dipujuk semakin menangis kanak-kanak itu.
6. baik............mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama
bergotong-royong membersihkan balai raya.
7. sedangkan............inikan pula
Sedangkan motosikal terbeli olehnya, inikan pula
basikal.
8. bukan sahaja..........bahkan juga
Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan
bahkan juga membazirkan wang.
9. sama ada.........ataupun
Murid-murid dikehendaki membawa sama ada buku
latihan ataupun buku teks.
10. bukan sahaja.......... malah
Rumah itu bukan sahaja sudah buruk malah amat
menyeramkan.
11. makin........makin
Makin ditegur makin menjadi-jadi nakalnya budak itu.
12. bukan sahaja...........tetapi juga
Rahimah bukan sahaja pandai tetapi juga suka
menolong rakan-rakannya.
13. kian........kian
Perangai adik kian hari kian mengada-ngada.
14. daripada..........lebih baik
Daripada tidur lebih baik saya membaca buku.
15. jangankan..........pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tidak ada.
16. entah.........entah
Entah dapat entah tidak abang melanjutkan pelajaran
ke luar negara.
No comments:
Post a Comment