Friday, 20 March 2015


Kesalahan Ejaan PT3 
(Oleh : Cikgu Rashid Lewan)


Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Latihan 1

1. Nasi beryani yang dijual di warung itu mendapat
    sambutan yang menggalakkan terutama pada bulan
    Ramadan.

2. Golongan yang bertaqwa dan beriman sememangnya 
    dituntut menunjukkan contoh yang baik kepada orang 
    ramai.

3. Kenaikan harga telor ayam yang mendadak menjelang 
    musim perayaan berpunca daripada sikap peniaga yang 
    menangguk di air keruh.

4. Sepanjang bulan Febuari, semua sekolah perlu 
    merancang untuk menganjurkan kejohanan sukan 
    tahunan dan acara merentas desa.

5. Pihak berkuasa perlu mempastikan agar kes kemasukan 
    pendatang tanpa izin dapat dikurangkan demi menjaga 
    imej negara.

6. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa para 
    pelajar dalam usaha mengeratkan hubungan antara 
    kaum.

7. Para penonton yang hadir tertawa terbahak-bahak 
    semasa menyaksikan filem komidi yang mencuit hati itu.

8. Hujah para pembahas dalam pertandingan perbahasan 
    itu amat mengkagumkan para panel juri yang mengadili 
    acara berkenaan.

9. Salah satu langkah kerajaan dalam usaha memajukan 
    barangan tempatan ialah menghadkan pengimportan 
    barangan berjenama dari luar negara.

10. Perlaksanaan sekolah satu sesi memudahkan banyak 
      urusan pentadbiran dan pengurusan.


Latihan 2

1. Langkah yang efisyen khasnya dalam pembentukan 
    moral remaja amat perlu dijalankan untuk memantapkan 
    sahsiah generasi muda yang kian terhakis.

2. Juru-jurujual diingatkan agar tidak menyalahgunakan 
    kelonggaran syarat perniagaan yang dikeluarkan baru-
    baru ini.

3. Kerjasama yang sepenuhnya amat diharapkan agar 
    kempen anti-dadah yang dijalankan di sekolah-sekolah, 
    lebih berkesan.

4. Perabut baru yang dibeli oleh ayah semalam mahal 
    sungguh kerana diperbuat daripada kayu yang bermutu 
    tinggi.
5. Para pekerja sedang memperlebar lebuhraya yang 
    menghala ke Kuala Lumpur.

6. Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria telah 
    mengadakan Kejohanan Olahraga kali ke-sebelas pada 
    minggu lepas.

7. Pak Bilal menggolong tikar itu lalu menyimpannya di 
    dalam stor masjid setelah selesai solat.

8. Antara tanggung jawab ibu bapa ialah memberikan kasih 
    sayang kepada anak-anak bagi memupuk sikap positif 
    dalam diri mereka.

9. Pihak pemaju dan pembeli rumah mengadakan dailog 
    untuk menyelesaikan masalah rumah terbengkalai.

10. Semua perserta itu dipilih berdasarkan kriteria yang telah 
      ditetapkan oleh panel khas.


Latihan 3

1. Beberapa orang murid sedang mengumpulkan 
    suratkhabar lama untuk dikitar semula.

2. Analisa peperiksaan UPSR pada tahun lepas 
    menunjukkan prestasi pelajar semakin meningkat.

3. Kerajaan telah menguat kuasakan undang-undang 
    baharu untuk membendung kemasukan pendatang 
    asing.

4. Cat yang dibeli oleh ayah merupakan cat anti karat 
    jenama terkenal di Malaysia.

5. Rasa budu bukan sahaja yunik tetapi mempunyai 
    pelbagai khasiat kesihatan dan kecantikan.

6. Cerek itu boleh digunakan untuk memasak air paling 
    maksima dua liter air sahaja.

7. Adik bercita-cita untuk menjadi akited terkenal di 
    Malaysia.

8. Latihan di tempat kerja tidak akan menjejaskan 
    prodaktiviti kerana latihan itu tidak memerlukan 
    kakitangan meninggalkan tempat kerja mereka.

9. Sektor pelancongan di Malaysia mampu dimajukan 
    memandangkan prospetnya yang besar pada peringkat 
    antarabangsa.

10. Kanak-kanak itu perlu menjalani rawatan menggunakan 
      anti-biotik untuk mengelakkan penyakitnya itu 
      berlarutan.


Latihan 4

1. Pada hari Selasa ini semua calun PT3 boleh mengambil 
    keputusan peperiksaan masing-masing.

2. Kita tidak harus membincangkan isu-isu yang berbau 
    perkauman kerana dikhuatiri dapat mengancam 
    keharmunian negara.

3. Pelajar lepasan sekolah vokesyenal berpeluang 
    melanjutkan pelajaran ke politeknik dan institusi teknikal 
    yang lain.

4. Persekolahan pada peringkat pra-sekolah mustahak 
    untuk memberikan pendedahan awal tentang alam 
    persekolahan.

5. Dalam baget tahun ini kerajaan telah membuat 
    peruntukan yang banyak untuk memajukan sektor 
    pertanian.

6. Filem Seniman Bujang Lapuk telah mempopularkan 
    nama allahyaraham Tan Sri P.Ramlee dan beberapa 
    orang pelakon yang sezaman dengan beliau.

7. Buku otobiografi tentang bekas Perdana Menteri ini 
    ditulis oleh seorang tokoh wartawan yang terkenal dalam 
    bidang penerbitan.

8. Para pelajar digalakkan menyertai kegiatan ko-kurikulum 
    supaya dapat mengeratkan hubungan antara kaum.

9. Buku teks yang bermutu mestilah dianggap sebagai satu 
    pra syarat bagi meningkatkan mutu pengajaran mata 
    pelajaran Bahasa Malaysia.

10. Malisha mendapat hadiah daripada gurunya kerana 
      memperoleh keputusan yang cermrelang dalam ujian 
      akhir tahun.


Latihan 5

1. Pengendali makanan di restaurant perlu menjaga 
    kebersihan diri dan peralatan memasak untuk 
    mengelakkan keracunan makanan.

2. Kerajaan mewartakan hutan simpan di setiap negeri bagi
    mengekalkan keindahan alam semulajadi di kawasan 
    tersebut.

3. Setiap perkerja yang cemerlang perlu berusaha untuk 
    menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam 
    bidang yang diceburi dari semasa ke semasa.

4. Pihak polis akan mengadakan kempen pencegahan 
    jenayah untuk menggalakkan masyarakat bekerja sama 
    memerangi kegiatan jenayah.

5. Pengurus di syarikat itu telah mencadangkan agar bilik 
    pameran disediakan untuk memamerkan barangan 
    keluaran mereka.

6. Penanam-penanam sayur di kampung itu menjual 
    semua hasil tanaman mereka kepada seorang taukeh 
    Cina.

7. Acheh yang menjadi wilayah otonomi Indonesia itu, 
    mengalami kemusnahan yang luar biasa sebagai akibat 
    gempa bumi yang melanda wilayah itu.

8. Saya tidak akan mensesiakan peluang keemasan yang 
    diberikan oleh pihak pengurusan untuk mendalami 
    bidang grafik pada peringkat ijazah pula.

9. Pulau-pulau yang cantik di persisiran pantai Malaysia 
    semakin menjadi tumpuan para pelancung asing.

10. Kebanyakan pengusaha kraftangan tempatan tidak 
     dapat menembusi pasaran antarabangsa.


Latihan 6 

1. Beberapa orang pelajar yang baru pulang dari luar negara 
    menghidap penyakit selsema burung.

2. Encik Adam sedang beristerirahat bersama keluarganya di 
    Pantai Desaru selama dua hari.

3. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk

    mempopularkan permainan teradisional di negara kita.

4. Encik Abu akan membuka kedai aksaseori kereta di beberapa

    buah bandar besar tidak lama lagi.

5. Motorsikal Agil telah hilang semasa dia tidur di rumah Rani

    malam kelmarin

6. Para pekerja sedang memetik buah-buah nenas yang telah
    hampir masak di ladang itu.

7. Perlawanan bowling peringkat daerah akan diadakan pada bulan
    Ogos nanti.

8. Ibu bapa hendaklah perihatin akan pergerakan anak-anak semasa
    berbelanja di pusat beli-belah terutamanya pada musim perayaan.

9. Berbagai-bagai masalah terpaksa ditempoh sepanjang ekspedisi
    itu berlangsung.

10. Makanan, selimut, dan ubat-ubatan telah diageh-agehkan kepada 
      mangsa banjir. 


Latihan 7

1. Kegiatan sukarela juga dapat mentranformasikan golongan belia agar mereka 
    tidak membuang masa dengan melakukan kegiatan yang tidak berfaedah.

2. Pembentukan sikap amat penting terutamanya pada zaman teknoloji maklumat 
    dan komunikasi kini.

3. Dengan pendedahan yang meluas terhadap aktiviti sukarela, golongan belia 
    dapat meningkatkan kefahaman terhadap isu semasa, di samping menjadi 
    latihan ke arah pembentukan pemimpin belia yang berkelibar.

4. Semua perkara memerlukan displin diri yang tinggi untuk suatu tempoh yang 
    panjang dan menjadikan mereka lebih baik pada masa akan datang.

5. Bantuan yang diberikan samada dalam bentuk material atau khidmat bakti akan 
    dikenang oleh penerima bantuan sepanjang masa.

6. Golongan belia diajak menyertai kegiatan sukarela bagi memupuk semangat 
    kesukarelawanan dan meningkatkan tanggung jawab sosial untuk 
    kesejahteraan rakyat.

7. Peribahasa 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing sudah cukup 
    menggambarkan sikap dan budaya masyarakat yang menitik beratkan sikap 
    tolong-menolong sesama insan.

8. Masyarakat pascakarbon merujuk masyarakat yang tidak lagi bergantung 
    sepenuhnya pada tenaga terutamanya petrolium, gas, dan arang batu.

9. Belakangan ini, kita disajikan dengan permainan eletronik yang begitu banyak 
    di pasaran.

10. Permainan moden mampu menarik generasi muda untuk meluangkan masa 
      mengunakannya.


Latihan 8 

1. Antara cara untuk menghidupkan permainan tradisonal adalah dengan 
    memperkenalkan dan mempromosikan permainan ini kepada masyarakat.

2. Masa senggang para pelajar di sekolah dapat diisi dengan aktiviti  berfaedah 
    disamping dapat mengatasi gejala ponteng sekolah.

3. Pihak kerajaan senantiasa peka dalam memperkasa taraf kesihatan rakyat  
    melalui progrem perkhidmatan kesihatan awam.

4. Tujuh buah universiti awam dan lima buah kolej perubatan swasta dipertingkat 
    bagi melatih lebih banyak doktor dan ahli famarsi.

5. Para doktor digalakan berkhidmat di klinik kesihatan awam dan swasta.

6. Akhir-akhir ini, terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah 
    displin pelajar.

7. Pihak sekolah seharusnya memikul tanggung jawab dengan memperkemas 
    peraturan di sekolah.

8. Kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya dalam bidang akedemik menjadi 
    perangsang kepada Cikgu Azmi untuk memajukan pelajaran anak-anak 
    muridnya.

9. Antara tujuan program perkemahan ini adalah untuk memberikan pengalaman 
    dan kemahiran kepada ahli-ahli unit beruniform.

10. Sudah terang lagi bersuluh, guru merupakan akitek pembangunan bangsa.


Latihan 9


1. Langkah kerajaan melarang penggunan telefon bimbit dalam kalangan pelajar 
    merupakan langkah yang bijak.

2. Kita tidak seharusnya membiarkan generasi muda hari ini tersungkor 
    menyembah bumi oleh sebab obses dengan telefon bimbit.

3. Sistem jalan raya yang baik tidak dapat dibena di situ kerana dihalang oleh 
    banjaran gunung.

4. Jika dahulu kebanyakkan pembangunan dilihat di Kuala Lumpur sahaja tetapi 
    kini pembangunan terdapat di mana-mana.

5. Kesesakan lalulintas biasanya berlaku pada waktu pergi dan pulang dari 
    tempat kerja.

6. Kini kondominiam dan pangsapuri lebih banyak dibina di bandar-bandar besar 
    akibat kekurangan tanah.

7. Walaupun masih berusia setahun jagung, namun remaja kini telah berani 
    melibatkan diri dalam gejala nagetif.

8. Langkah-langkah yang pro aktif perlu dijalankan untuk membanteras gejala 
    sosial, memandangkan remaja ialah bakal pemimpin negara.

9. Banyak pihak berasa amat bimbang akan keruntuhan ahklak yang melanda 
    golongan remaja kini.

10. Masyarakat amat sukar untuk melarikan diri daripada terpengaruh oleh iklan 
      yang dikomersealkan.


Latihan 10


1. Sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu mengurangkan kolestrol di 
    dalam darah.

2. Penanaman pokok angsana merupakan elimen landskap yang penting dalam 
    usaha untuk membentuk imej bandar.

3. Manusia memerlukan udara yang mengandungi gas oksijen untuk pernafasan.

4. Dengan adanya bahasa Melayu, jenerasi muda berupaya mengekalkan dan 
    merapatkan perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.

5. Pokok asam jawa merupakan spisies yang tergolong dalam famili tumbuhan 
    kekacang.

6. Pembanjiran isi kandungan negatif daripada mediamassa, sama ada dari dalam  
    ataupun luar negara menjadi ancaman kepada remaja.

7. Banyak pehak berusaha untuk memastikan elemen hiburan bercirikan 
    ketimuran diterapkan dalam setiap media hiburan.

8. Pelbagai cendera mata menarik telah disediakan oleh pihak penganjur kepada 
    setiap pemenang dalam acara sukaneka itu.

9. Kurangnya pemantuan daripada ibu bapa telah dikenal pasti sebagai punca 
    budaya lepak dalam kalangan remaja semakin menular.

10. Kanak-kanak malang yang menjadi mangsa dera itu mengalami kecederaan 
      yang teruk, dipercayai akibat dicucuh dengan sterika panas.


Latihan 11

1.  Usikan Mak Jah menyebabkan lelaki berambut kerinting itu menundukkan 
     muka kerana malu.

2.  Perhimpunan raksaksa itu terpaksa dikawal oleh polis bagi mengelakkan 
     rusuhan. 

3.  Kanak-kanak perempuan itu menangis kerana lengannya tercucuk pensil.


No comments:

Post a Comment