Friday, 20 March 2015


KATA BILANGAN

Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis;

1.  Kata Bilangan Tentu
     Contohnya, satu, sepuluh, seribu, tiga juta, dan 
     seterusnya.
     Contoh ayat
     (a)  Dua buah rumah telah hangus dijilat api dalam 
           kejadian kebakaran yang berlaku malam kelmarin.
     (b)  Sebanyak sepuluh ribu orang telah membanjiri 
           stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak 
           itu.

2.  Kata Bilangan Tidak Tentu
     Contohnya, seluruh, segala, semua, sekalian, beberapa
     para
     Contoh ayat
     (a) Semua guru sedang bermesyuarat di dalam bilik 
          guru.
     (b) Seluruh kawasan tanah rendah di pekan itu dinaiki air 
          berikutan hujan lebat malam tadi.

3.  Kata Bilangan Pecahan
     Contohnya, setengah, du pertiga, separuh, lima 
     persepuluh
     Contoh ayat
     (a) Setengah daripada kek itu diberikan kepada Mak Jah.
     (b) Dia menggunakan tiga perempat daripada kertas itu 
          untuk membuat layang-layang.

4.  Kata Bilangan Himpunan
     Contohnya , berguni-guni, berhari-hari, berbulan-bulan
     beratus-ratus, berjuta-juta
     Contoh ayat
     (a) Kedua-dua orang murid itu telah diberi amaran oleh 
          guru besar.
     (b) Berjuta-juta orang di seluruh dunia telah disahkan 
          menghidap penyakit yang berbahaya itu.

5.  Kata Bilangan Pisahan
     Contohnya, setiap, tiap-tiap, masing-masing
     Contoh ayat
     (a) Masing-masing pelajar dikehendaki membawa buku 
          teks ke sekolah esok.
     (b) Tiap-tiap hari Ahmad, Siti, dan Ramu pergi ke sekolah 
          dengan menaiki bas.

6.  Kata Bilangan Tingkat
     Contohnya, pertama, kedua, ketiga, keempat dan 
     seterusnya.
     Contoh ayat
     (a) Siti mendapat tempat kedua dalam pertandingan 
          mewarna yang dianjurkan oleh pihak sekolahnya.
     (b) Anak Pak Arif yang keempat telah meninggal dunia 
          akibat kemalangan jalan raya.

Latihan 1

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan kata bilangan 
yang paling sesuai.

1.  Sekolah akan ditutup selama...............minggu mulai hari 
     Jumaat ini. ( tiga, semua, tiap-tiap )

2.  Ramesh mendapat tempat.............dalam acara larian 
     100 meter. ( beberapa, setengah, kedua )

3.  .................ibu bapa tidak menghiraukan penglibatan 
     anak-anak mereka dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
     ( Semua, setengah, sesetengah )

4.  ...............orang pelajar yang menghisap rokok di dalam 
     tandas itu akan dikenakan hukuman rotan. ( Semua, 
     Setiap, Ketiga-tiga )

5.  ................banyak projek akan dilaksanakan oleh pihak 
     kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-4. ( Setengah, 
     Semua, Beberapa )

6.  Pak Samad akan menggunakan..................daripada 
     tanah di kebunnya itu untuk ditanami dengan pokok 
     durian. ( dua pertiga, lima, semua )

7.  Keluarga Encik Ramli sudah................menetap di Pulau 
     Langkawi, Kedah. ( berhari-hari, bertahun-tahun, 
     berabad-abad )
8.  ...................pelajar dikehendaki berhimpun di padang 
     sekolah untuk mendengar taklimat ringkas daripada guru 
     sukan mereka. ( Dua puluh, Sesetengah, Sekalian )

9.  Dia telah menunggu saya di situ selama....................jam.
     ( sesetengan, suku, semua )

10.  ............pelajar diwajibkan bergiat aktif dalam bidang 
       kokurikulum di sekolah. ( Tiap-tiap, banyak, beberapa )


Latihan 2

1.  ..............orang penyanyi cilik itu akan membuat 
     persembahan, di Plaza Angsana Johor Bahru. ( Kedua-
     dua, Kedua, Kesemua )

2.  .................ayam ternakan di Kedah telah dimusnahkan 
     kerana dijangkiti virus selesema burung. ( Pelbagai, 
     Ribuan, Sekalian )

3.  Lawatan ke Muzium Negara itu disertai oleh..................
     orang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria. ( 
     empat puluh, keempat puluh, empat-empat puluh )

4.  Kaunter itu ditutup pada waktu rehat dan....................
     pertanyaan tidak akan dilayan. ( beberapa, segala, 
     seluruh )

5.  ..................kawasan di Bandaraya Johor Bahru telah 
     ditenggelami air, berikutan hujan lebat semalam.
     ( Setengah, Pelbagai, Sesetengah )

6.  ..............peserta lawatan sambil belajar dikehendaki 
     berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat. ( Para,
     Berapa, Setengah )

7.  ....................ribu orang penonton membanjari Stadium 
     Bukit Jalil untuk menyaksikan konset M.Nasir.  
     ( Berpuluh, Berpuluh-puluh, Berjuta-juta )

8.  Sudah.............lamanya dia tidak pulang ke tanah air.
     ( bertahun-tahun, ketiga-tiga, berbagai-bagai )

9.  Sudah hampir.............jam dia menunggu rakannya di 
     kedai itu. ( setengah, setiap, separuh )

10.  ..............penduduk negara ini masih belum menukarkan 
      kad pengenalan lama mereka. ( Sebilangan, Beberapa,
      Sekalian )


Latihan 3

1.  Razali menyusun.............buku di atas meja itu dengan 
     kemas. ( segala, kesemua, beberapa )

2.  ..............sekolah akan diberi cuti selama dua hari 
     sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada 
     hujung minggu hadapan. ( Sekalian, Semua, Tiap-tiap )

3.  ...............orang pendatang tanpa izin telah lari  
     lintang-pukang apabila pihak berkuasa membuat di 
     tapak pembinaan. ( Berpuluh-puluh, Setiap, Sedikit )

4.  ..............peserta syarahan akan diberi masa selama 
     sepuluh minit untuk mereka menyampaikan hujah 
     masing-masing. ( Sekalian, Segala, Beberapa )

5.  Para petani akan mengerjakan sawah.............apabila 
       musim menuai tiba. ( setiap, masing-masing, seluruh )

6.  "Perempuan yang duduk di barisan ............itu ialah 
     bekas guru saya," bisik Radzi kepada Alia. ( ketiga,
     ketiga-tiga, tiga )

7.  Zarina telah memenangi sebuah motosikal kerana 
     menjadi pengunjung yang............ke pameran tersebut.

     ( berjuta-juta, keseratus, beberapa )

8.  Ketika melawat ke Taman Botani di Putrajaya, saya 
     dapat melihat................jenis bunga yang belum pernah 
     saya lihat sebelum ini. ( tiap-tiap, berbagai-bagai, 
     segala )

9.  Penternak ayam itu berasa sangat sedih kerana.............
     daripada ayamnya telah mati diserang penyakit.  
     ( separuh, para, sekalian )

10.  ................pesalah jalan raya yang belum membayar 
       saman dikehendaki berbuat demikian dengan segera 
       sebelum mereka didakwa di mahkamah. ( Segala, 
       Semua, Sedikit )


Latihan 4

1.  ................keluarga di kawasan setinggan itu tinggal
     sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus 
     dijilat api pada malam kelmarin. ( Berpuluh-puluh, 
     Setiap, Para )

2.  ...............haririn berdiri sambil menyanyikan lagu " 
     Negaraku". ( Separuh, Para, Segala )

3.  Perjalanan menuju ke pusat peranginan itu amat 
     memenatkan kerana mengambil masa selama...........jam.
     ( ssetengah, beberapa, suku )

4.  ................murid tidak mengendahkan nasihat guru 
     mereka. ( Semua, Tiap-tiap, Sesetengah )

5.  ..............daripada gajinya itu, diberikan kepada ibunya di 
     kampung. ( Suku, Sesetengah, Segala )

6.  ................guru sedang bermesyuarat di dalam bilik guru.
     ( Segala, Semua, Seluruh )

7.  ..............daripada nasi lemak di dalam pinggan itu telah 
     dimakan oleh kucing kesayangan saya. ( Suku, Setiap,
     Segala )

8.  Hampir.............penduduk di kampung itu memasang 
     jeriji besi pada tingkap rumah mereka. ( banyak, semua,
     sesetengah )

9.  ...............infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan 
     adalah untuk kemudahan rakyat. ( Segala, Seluruh, Dua)

10.  .............daripada buku yang terletak di atas meja itu 
       ialah kepunyaan adik saya. ( Pelbagai, Semua, 
       Sebahagian)


Latihan 5

1.  Hari ini ialah hari...................saya mengikuti kursus 
     kepemimpinan belia. ( ketiga, ketiga-tiga, bertiga )

2.  Mereka diarahkan agar menjalankan tugas....................
     dengan penuh tanggungjawab. ( semua, masing-masing,
     seluruh )

3.  Rahimah merupakan peserta...............dalam 
     pertandingan nyanyian itu. ( pertama, kedua-dua, 
     beberapa )

4.  Pertandingan itu terbuka kepada................warganegara
     Malaysia. ( sebilangan, pelbagai, semua )

5.  Ramlah menyiapkan kerja Bahasa Melayu yang hanya
     tinggal..............lagi. ( suku, banyak, tiap-tiap ) 

6.  Cikgu Ayob mengambil masa selama..............hari untuk 
     menanda kertas Bahasa Melayu itu. ( semua, beberapa,
     segelintir )

7.  ................pagi Amir pergi ke sekolah dengan menaiki 
     bas. ( Setiap, Beberapa, Semua )

8.  ................hadiah telah ditawarkan dalam pertandingan 
     memancing itu. ( Berbagai-bagai, Sebahagian, Seluruh )

9.  ................bumbung bangunan sekolah saya telah 
     diterbangkan angin kencang. ( Beberapa, Segala, 
     Seluruh )


10.  Gerakan mencari.............orang pelajar yang sesat di 
      dalam hutan itu masih diteruskan oleh pasukan 
      penyelamat. ( beberapa, sebahagian, sekalian )



Saturday, 1 November 2014



KATA ADJEKTIF



Kucing saya sangat comel dan berbulu tebal.










Kata adjektif yang dikenali juga sebagai kata sifat, merupakan perkataan untuk menerangkansifat manusia, benda, tempat dan sebagainya. Kata adjektif boleh ditambah dengan kata penguat seperti ter-, se-, amat, paling, sekali,sungguh dan terlalu.

Jenis-Jenis Kata Adjektif

a) Kata adjektif keadaan
    Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang memberi  
    pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur  
    keterangan nama.
    Contohnya:
                 baik      curiga      cerdik      pandai      gopoh
                 lemah   kasar       berani      takut         sihat

b) Kata Adjektif Warna
    Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang 
    membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan.
    Contohnya:
                 merah      putih      hijau      kuning      hujan
                 ungu        kelabu   jingga    coklat        biru

c) Kata adjektif Ukuran
    Kata adjektif jenis ini pula, membawa pengertian ukuran  
    sebagai unsur keterangan.
    Contohnya:
                 panjang      pendek      kecil      besar      tinggi
                 rendah        tebal          nipis     kerdil       renek

d) Kata Adjektif Bentuk
    Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang membawa  
    pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan.
    Contohnya:
                 bulat      lonjong      bujur      bundar      leper
                 lurus      buncit        kempis   lekuk         bengkok

e) Kata Adjektif Waktu
    Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang membawa 
    pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan.
    Contohnya:
                 baharu      lama      segera      suntuk      silam
                 lampau      lewat     cepat        awal         lambat

f) Kata Adjektif Jarak 
   Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa 
   pengertian konsep ruang antara dua bentuk atau keadaan 
   sebagai penerang kata utama.
   Contohnya:
                jauh      dekat      hampir      rapat

g) Kata Adjektif Cara
    Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa 
    pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai 
    penerang kata nama.
    Contohnya: 
                 cepat      deras      laju      lambat      perlahan
                 lincah      gopoh    jelas     sering       selalu

h) Kata Adjektif Perasaan
    Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang membawa 
    pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata 
    nama dan diikuti oleh kata sendi nama.
    Contohnya:
                 rindu      benci      segan      suka      gembira
                 berahi    ragu        kasih       cinta      marah

i) Kata Adjektif Pancaindera
   Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang 
   membawa pengertian gabungan lima pancaindera sebagai 
   penerang kata nama.
   Contohnya:
               i) Deria pandang:
                  segak      kacak     comel     bodoh      tampan
                  molek      buruk     cantik     comel       ayu

              ii) Deria rasa
                  payau      sedap      pahit      manis      masin
                  kelat        lazat        tawar      lemak      masam
             
             iii) Deria bau
                 haring      harum      semerbak      tengik     wangi
                 hanyir      busuk       hamis           hapak     hangit

            iv) Deria dengar
                 garau      bising     merdu      serak      lunak
                 mersik     nyaring   

             v) Deria sentuh
                 lembut      halus      lembap      kesat      keras
                 licin           kasar      gebu

Latihan 1
 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan kata adjektif yang paling sesuai.

aman         lurus          selesa          bengkok            keras           sombong        licin          selalu          kasih            cermat

1. Para pemandu dinasihatkan agar memandu dengan.........
    di jalan raya.
2. Kita dapat hidup dengan.................di negara kita.
3. Jamaluddin amat ..............akan anak daranya itu.
4. Pokok buluh yang tumbuh di belakang rumahnya itu 
    sangat ..................
5. Lelaki yang berambut panjang itu ................datang ke 
    rumah saya untuk meminta sedekah.
6. Saya berasa amat................semasa membaca buku di 
    dalam perpustakaan itu.
7. Orang itu kaya tetapi tidak...................
8. Walaupun jalan raya agak ................namun 
    penunggang-penunggang motosikal itu menunggang 
    motosikal dengan laju.
9. Jalan..............yang menuju ke taman perumahan itu 
    sangat berbahaya.
10. Kuih yang dibelinya di gerai itu ..................


Latihan 2

kecil      lonjong      panjang      rendah      lekuk
biru      buncit        kempis       kerdil        

1. Rumah................itu baru sahaja didirikan oleh penduduk 
    kampung.
2. Bahagian pintu kereta ayah............akibat terkena batu.
3. Budak yang berbaju...............adik ipar saya.
4. Adik saya masih belajar di sekolah..................
5. Bola ragbi berbentuk...............
6. Pemuda yang bertubuh.............itu abang Suzi.
7. Ayah saya berperut ................
8. Kita digalakkan memakai baju dan seluar berlengan 
    ........... semasa pergi ke kebun supaya tidak digigit 
    nyamuk.
9. Orang ..............itu sedang berlakon di atas pentas.
10. Tayar basikal saya.........kerana tercucuk paku.


Latihan 3

indah      lembut      halus       garau       tampan
hapak     kelat         segak      payau       lunak

1. Nenek menguli adunan itu sehingga.............
2. Kasut yang sudah lama tidak dicuci berbau.................
3. Biduanita bersuara............itu baru berusai 17 tahun.
4. Buah ciku muda rasanya .............
5. Pemuda ................itu berasal dari Kedah.
6. Pegawai tentera itu mempunyai suara yang................
7. Kain ............ itu hasil tenunan tangan.
8. Pemandangan di puncak gunung itu sungguh................
9. Air di kuala sungai itu...............
10. Pengawal-pengawal peribadi baginda...............belaka.


Latihan 4

comel       keras      busuk      bising      bersih
lazat         kemas    mersik     semerbak      pahit
haring       

1. Bancuhan simen itu telah .............
2. Bunyi ..............itu datangnya dari biliknya.
3. Restoran Aminah menyediakan makanan yang ...........
4. Bunyi gesekan biola itu sangat.............
5. Air kopi yang dubuat oleh kakak agak .............
6. Tandas awam itu baunya sangat .................
7. Bunga-bunga di taman itu.................baunya.
8. Kita mestilah memakai pakaian yang............dan...........
    semasa pergi ke sekolah.
9. Bau..............dari kilang kelapa sawit itu mengganggu
    ketenteraman kami.
10. Bayi ...............itu memenangi hadiah pertama.


Latihan 5
    
manis      molek      masin      tengik       licin       nyaring
wangi      besar       halus      selesa      hanyir    

1. Dia suka makan ikan air................
2. Jalan menuju ke kampungnya itu agak............pada 
    musim hujan.
3. Anak gadis Mak Piah suka memakai minyak ............
4. Papan itu sangat...............setelah diketam.
5. Bau ikan yang sedang disiang oleh ibu itu .................
6. Rumah kepunyaan Encik Abu...........dan ...................
7. Ubat yang.............itu ubat batuk.
8. Bunyi semboyan kereta api itu sungguh ....................
9. Minyak masak yang sudah .............itu jangan digunakan 
    lagi.
10. Gadis yang...............tingkah lakunya itu anak Tuan Ali.


Latihan 6

perlahan      cepat      lampau      rindu      dekat
awal            selalu     rapat          ragu       baharu



1. Kanak-kanak itu bertindak balas dengan..............apabila 
    diusik oleh rakan-rakannya.
2. Mak Siti pergi ke kedai pakaian untuk membeli baju..........
3. Balai raya kampung ini ..........sekali dengan rumah saya.
4. Kakak.............menolong ibu memasak di dapur.
5. Dia bangun terlalu .............untuk pergi ke sekolah.
6. Usahlah dikenang lagi peristiwa yang ..................
7. Gerak-geri gadis itu amat ............
8. Kawan .............  Aiman belajar di luar negara.
9. Badariah masih.............akan kejujuran tunangnya itu.
10. Ibu amat ............akan abang yang berada di luar 
      negara.


Latihan 7

marah      awal      jelita      lambat      suka      jauh
masin      segera   benci     nyenyak    jarang   

1. Ketua murid itu ...............terhadap kecuaian rakan-
    rakannya itu.
2. Gadis .........itu.........sungguh dengan perangai pemuda 
    yang dicintainya itu.
3. Masakan ibu terlalu ..............kerana terlebih garam.
4. Saya sungguh ......... dengan perangai buruknya.
5. Adik suka makan makanan.....................
6. Rumahnya terletak................dari bandar Pekan.
7. Orang.................selalu rugi.
8. Ketibaan bas itu lebih ................daripada jadualnya.
9. Jangan suka memakai pakaian yang .................
10. Adik tidur dengan ...............malam tadi.

No comments:

Post a Comment