Friday 20 March 2015



Kesalahan Penggunaan Imbuhan PT3
( Oleh: Cikgu Rashid Lewan )

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan.Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.



Latihan 1


1. Beliau yakin bahawa penguatkuasaan undang-undang 

    yang lebih tegas akan dapat mengurangkan terjadi tanah 
    runtuh.

2. Kerajaan menggalakkan rakyatnya yang berbilang kaum 

    supaya menjayakan program kemasyarakatan agar 
    hubungan antara mereka dapat dipereratkan.

3. Encik Azlan sering menasihatkan rakan-rakannya supaya 
    sabar menempuh dugaan hidup tetapi ketika musibah 
    menimpa keluarganya, dia tidak dapat menanggungnya.

4. Ibu pejabat kontinjen polis di Jalan Bendahara itu 

    dilengkap kemudahan komputer yang canggih.

5. Kandungan kolesterol yang tinggi menyebabkan 

    pemimpin itu menyerang penyakit jantung dengan tiba-
    tiba.

6. Para limuwan sedang berbincang tentang cara-cara untuk 

    meningkat hasil negara dalam bidang komersial.

7. Ahli-ahli persatuan belia diingatkan agar mengenepikan 

    perbezaan pendapat demi mewujudkan perpaduan yang 
    menjadi moto belia se-Malaysia.

8. Para peserta seminar itu telah memberikan penerangan 

    yang jelas tentang profesion sebagai kaunselor.

9. Pihak berkuasa mampu mempertingkatkan ekosistem di 

    Taman Negara yang kaya dengan flora dan fauna.

10. Pihak polis mencuba menyakinkan orang tua itu bahawa 

      kedua-dua orang anaknya yang diculik itu masih hidup 
      dan dapat diselamatkan.


Latihan 2


1. Usaha para belia di kampung itu yang mengusahakan 

      penanaman kontan tampaknya telah menelurkan hasil 
      yang lumayan.

2. Sikap penduduk penempatan yang tidak 

      bertanggungjawab telah dikenal pasti sebagai punca 
      utama masalah pencemaran sungai di situ.

3. Perabot yang diperbuat daripada kayu getah, terdapat 

      pasaran yang baik di luar negara.

4. Daripada kedengaran ceritanya, saya mendapat 

      gambaran bahawa rumah yang dibelinya itu terletak di 
      atas bukit.

5. Encik Murugan telah bertolak ke Pulau Langkawi untuk 

      menghadiri mesyuarat urusan koperasi yang diadakan di 
      Hotel Pelangi.

6. Generasi hari ini diberi kesedaran supaya mencintai 

      sungai dan tidak berlaku pencemaran.

7. Untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa 

      peragut, wanita tidak harus dipakaikan barang kemas 
      ketika keluar bersiar-siar.

8. Ketika hakim menjatuhi hukuman penjara ke atas Encik

      Malik , kedengaran kaum keluarganya menangis 
      teresak-esak.

9. Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan Encik 

      Rahman untuk menyampaikan kata alu-aluannya.

10. Ayah menghadiahi seutas jam tangan emas kepada ibu 

      sempena hari lahirnya yang ke-38 tahun.


Latihan 3


1. Beberapa orang pekerja sedang mengisikan botol plastik 

      itu dengan air masak sebagai bekalan semasa bekerja.

2. Adik kecil saya mengambil gincu kepunyaan ibu lalu 

      memerahi bibirnya.

3. Ibu sedang membuatkan secawan air kopi untuk ayah 

      yang baru sahaja pulang dari pejabat.

4. Sebaik-baik sahaja fajar menyingsing, nenek 

      memberikan ayam-ayam peliharaannya makanan.

5. Berucap dalam perhimpunan sekolah, pengetua telah     

      diucapkan tahniah kepada pasukan badminton yang 
      menjadi juara dalam pertandingan Majlis Sukan 
      Sekolah.

6. Penderma itu bermurah hati untuk menderma 

      sebahagian daripada wang simpanannya bagi 
      membiayai kos rawatan budak itu.

7. Beliau dijanjikan akan membawa masalah itu ke

      mesyuarat kabinet pada minggu hadapan.

8. Atas kejayaan Amalina dalam peperiksaan SPM, 

      kerajaan telah ditawarkan biasiswa kepadanya untuk 
      melanjutkan pelajaran ke luar negara.

9. Ibu menasihatkan kami agar sentiasa menghormati 

      orang yang lebih tua.

10. Pihak berkuasa harus mengambil berat terhadap 

      rungutan daripada pengguna sehubungan dengan  
      kenaikan harga barang keperluan pada musim  
      perayaan.


Latihan 4


1. Pertandingan penulisan esei itu dibuka kepada sesiapa 

      sahaja yang berminat kecuali kakitangan pihak  
      penganjur.

2. Pengumuman itu menyatakan bahawa seluruh kawasan 

      itu akan alami gangguan bekalan air selama dua hari.

3. Haji Tahir memperisterikan Hajah Rogayah.


4. Kalsom mempersuamikan Kasman.


5. Guru bimbingan itu telah memberi keterangan yang jelas 

      tentang profesion sebagai pakar bedah.

6. Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu 

      mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan 
      belia se-Malaysia.

7. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas 

      persudian tuan merasmikan majlis ini.

8. "Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang 

      dicintai ini," amanat pemimpin itu ketika berucap dalam 
      perhimpunan belia.

9. Kelawar yang bergayutan pada dinding Gua Niah amat 

      menarik minat pemerhatian pelancong.

10. Semua peserta telah menghadiri kursus meningkatkan 

      prestasi di pusat peranginan itu yang dikendalikan oleh 
      penceramah tersohor.


Latihan 5


1. Kejadian gempa bumi yang meranapi peninggalan 

      sejarah di kota itu telah menggemparkan masyarakat 
      dunia.

2. Orang awam tidak membenarkan masuk ke tapak 

      pembinaan projek itu atas sebab-sebab keselamatan.

3. Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai program 

      kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat 
      dipereratkan.

4. Kebanyakan pelancong lebih gemar mengunjungi ke 

      pulau-pulau yang cantik di persisiran pantai Malaysia.

5. Tuan Jamil baru membelikan sebuah kereta baharu 

      untuk isterinya.

6. Orang ramai menduyun-duyun membanjiri Dewan Jubli 

      Intan untuk menyaksikan pertandingan badminton.

7. Setiap pendapat akan diberi perhatian oleh pihak 

      atasan.

8. Atuk mengajar kami seni mempertahankan diri.


9. Isu peletakan jawatan pegawai itu tidak perlu 

      diperbesarkan.

10. Selain itu, pihak kerajaan menyediakan peluang yang 

      luas kepada siswazah yang berminat menceburkan dalam bidang 
      keusahawanan. 


Latihan 6


1. Anak-anak sewajarnya tidak membenarkan keluar dari rumah tanpa apa-apa 

    tujuan. 

2. Abang dan kakak mesti membantu mengawasi tingkah laku dan menasihatkan 

   adik-beradik yang lain.

3. Kita boleh menterlibatkan diri dalam kegiatan luar terutama pada waktu lapang.


4. Tidur yang cukup dan mengambil makanan yang seimbang merupakan perkara 

    yang penting untuk gaya hidup yang sihat.

5. Pengambilan makanan yang seimbang dalam kuantiti yang mencukupi akan 

    membantu kita berfikir dalam pelajaran atau menjalani pekerjaan.

6. Untuk kepastian kesihatan kita dalam keadaan baik, pemeriksaan kesihatan 

    dapat dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

7. Amalan gaya hidup sihat sememangnya penting kepada setiap individu.


8. Pelancongan ialah suatu industri yang menguntungkan terutama bagi negara-

    negara yang kaya dengan pelbagaian budaya, warisan silam, adat resam, dan 
    keindahan alam.

9. Terdapat kawasan air terjun yang indah dan masih dipelihara keasliannya.


10. Kunjungan pelancong asing ke Malaysia dapat meningkat pendapatan negara 

      melalui industri pelancongan.


Latihan 7 


1. Badan yang bersih daripada kotoran dapat mengelakkan diri daripada terkena 

    sebarang kesakitan.

2. Doktor akan memberi ubat kepada kita seperti pil atau suntikan untuk 

    mengelakkan penyakit berjangkit daripada terus merebak.

3. Punca lain wujudnya fenomena ponteng sekolah ialah sistem pendidikan kita 

    yang terlalu diorientasikan peperiksaan.

4. Mereka menganggap bahawa pergi ke sekolah merupakan suatu bebanan 

    yang  terpaksa dilalui oleh mereka. 

5. Merujuk pada piramid makanan dapat membantu kita memilih makanan yang 

    berkhasiat untuk setiap hidangan. 

6. Masalah penganiyaan kanak-kanak perlu dibendung dan diatasi segera 

    dengan memperkasa institusi keluargaan.

7. Bagi kesuburan perasaan kasih dan sayang sesama ahli keluarga, pasangan 

    yang baru berkahwin perlulah menyedari peranan dan tanggungjawab masing-
    masing.

8. Usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan bagi membentuk institusi 

    masyarakat yang sihat, merupakan pendekatan yang holistik menangani 
    masalah penganiyaan kanak-kanak.

9. Para pelancong yang datang ke negara ini memerlukan tempat menginap yang 

    selesa.

10. Pertambahan jumlah hotel ini secara tidak langsung akan menambahkan pula 

      peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.


Latihan 8


1. Kemajuan dalam sektor pelancongan turut dibantu pembangunan pusat 

    pelancongan.

2. Pemandu pengangkutan awam juga perlu mempertingkat kekuasaan bahasa 

    Inggeris mereka agar mudah untuk berinteraksi dengan pelancong.

3. Tekanan jiwa boleh menjejaskan tumpuan terhadap pemandu dan akhirnya 

    menjadikan jalan raya sebagai sungai maut.

4. Angka kematian akibat kemalangan terus dilonjak naik turut berpunca daripada 

    kegagalan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan jalan 
    raya.

5. Pelbagai eksperimen yang dilakukan oleh saintis terbukti potensi otak jauh 

    lebih hebat daripada yang kita sangkakan.

6. Masalah sosial dalam kalangan remaja ibarat api dalam sekam yang mampu 

    terbakar dan meruntuhkan masyarakat.

7. Kehadiran teknologi maklumat menjadi pengajaran guru lebih berkesan dan 

    menarik. 

8. Teknologi maklumat juga dapat menyuburkan fikiran kreatif para pelajar.


9. Menonton perlumbaan haram juga merupakan suatu kesalahan kerana akan 

    digalakkan pelumba haram terus berlumba tanpa menghiraukan keselamatan 
    pengguna jalan raya yang lain.

10. Kegunaan akhbar dalam pengajaran juga akan membantu perkembangan 

      kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan pelajar.




Kemahiran menggunakan imbuhan


A.  Bubuh imbuhan yang sesuai pada kata dasar yang terdapat dalam petikan-petikan di bawah ini.



(1)      Pada 18 Oktober 1989 yang lalu, Malaysia telah 1. ( jadi ).....................tuan rumah untuk Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komenwel (CHOGAM). Sebanyak 49 orang pemimpin negara yang 2. (anggota) ....................pertubuhan Komanwel 3. (hadir).....................mesyuarat yang 4. (ada)........... dua tahun sekali itu. Negara-negara Komanwel ialah negara-negara jajahan Britain yang telah 5. (capai) ........................kemerdekaan. Sepanjang tempoh 6. (serta).........................

Malaysia dalam pertubuhan Komanwel, inilah kali pertama Malaysia 7. (pilih)...................sebagai tuan rumah pada 8. (sidang)............. yang besar ertinya itu.


(2)    Ekonomi negara akan terus sentiasa 1. (kembang)....................kerana dengan cara ini sajalah kita dapat 2. (sedia)................peluang 3. (kerja)................

untuk belia-belia kita yang 4. (masuk)....................pasaran buruh pada setiap tahun. Jika 5. (tumbuh)..................ekonomi kita 6. (bantut).............., sudah tentulah masalah pengangguran yang kita alami sekarang ini menjadi semakin teruk. Oleh itu, untuk 7. (galak)..............8. (tumbuh)................ekonomi, kita mestilah bijak menarik pelabur asing untuk 9. (labur) ..............modal di negara ini.


(3)    Banyak langkah yang dapat kita ambil untuk 1. (cegah)..............jenayah. Sebagai pelajar, kita hendaklah berusaha untuk 2. (elak) ....................diri daripada 3. (libat).............dalam kejadian jenayah. Hal ini dapat kita lakukan dengan cara 4. (pilih)...................kawan baik dan bermoral tinggi. Jangan sekali-kali bergaul dengan kawan yang 5. (laku) ..............liar dan tidak senonoh perangainya. Jika kita 6. (dapat).............tindakan kawan kita 7. (curiga)...............

kita, laporkan hal itu segera kepada guru, ibu bapa atau pihak berkenaan. Selain itu, kita perlu 8. (lengkap)................diri dengan pengetahuan agama juga. Pendidikan agama yang sempurna 9. (halang)..............kita melakukan perbuatan jahat. 


(4)    Pembangunan pesat negara sejak beberapa tahun yang lalu 1. (stabil)........

...........ekonomi yang 2. (terus)................merupakan pendorong utama kepada rakyat asing untuk 3. (tetap).............di sini. Kedatangan rakyat asing ke negara ini bukan sahaja bertujuan untuk mencari rezeki tetapi juga untuk mencari 4. (rakyat)
................ Dengan  hal yang demikian mereka dapat 5. (nikmat)................pelbagai
6. (istimewa)............... yang disediakan. Tindakan tersebut tidak seharusnya 7. (biar)..............kerana kesannya 8. (rugi).............rakyat negara Malaysia sendiri.


(5)    Satelit sangat berguna kepada manusia. Misalnya, dengan 1. (guna).............

satelit, gambar-gambar 2. (muka) ..........bumi dan atmosfera bumi dapat memberikan 3. (gambar)................yang tepat kepada ahli-ahli kaji bumi tentang sumber mineral, sumber air di bumi, dan sebagainya. Selain itu satelit dapat 4. (bantu) .................ahli-ahli kaji cuaca di sesuatu tempat serta membantu pihak tentera 5. (intip)...............kegiatan-kegiatan 6. (tentera).................di mana-mana
saja di bumi ini.


(6)      Kegiatan kokurikulum dapatlah dianggap sebagai langkah 1. (sedia)............

bagi pelajar 2. (hadap)................kehidupan bermasyarakat apabila mereka tamat
3. (sekolah).................kelak. Pengetahuan yang 4. (oleh).............semasa 5. (jalan)...............pelbagai kegiatan kokurikulum akan 6. (jadi)................... mereka
warga negara yang berdisilpin, berhemah tinggi, dan bersedia untuk berbakti kepada negara. Oleh hak yang demikian, ibu bapa dan penjaga haruslah 7. (beri)
...............peluang kepada para pelajar 8. (giat)..............dalam kokurikulum di sekolah.


(7)      Sebagai masyarakat yang hidup dalam negara yang 1. (bangun).................

dan sedang mencapai kemajuan, sifat-sifat mulia, berbudi bahasa, dan bertimbang rasa harus kita 2. (amal)................. . Sesungguhnya 2. (harmoni).........
dan 3. (bahagia)..............hidup tidak dapat 4. (tegak)....................oleh kekayaan kebendaan semata-semata. Kekayaan budi pekerti dan sopan santun  5. (main)....
.............peranan yang penting juga. Oleh hal yang demikian, saranan Perdana Menteri supaya kita 6. (layan)................seseorang dengan senyuman, sekalipun seseorang itu 7. (kasar)...................terhadap kita, perlu kita hanyati sepenuhnya dan kita 8. (laksana)...........  .


B.  Bubuhlah imbuhan ter-, teper-, ke......an, ter.....kan, atau ter....i  pada kata dasar di bawah ini. kemudian, isikanlah kata-kata tersebut di tempat kosong untuk melengkapkan ayat-ayat yang berikutnya.


pengaruh        letih       berat        susah        mati           penuh         masuk        

tinggal             faham   ajar        daya       gambar    pikul      hujan    atas


1. Rumah penghulu..................pencuri malam kelmarin.

2. Adik tidak bersedih walaupun janji ayah untuk membelikan baju tidak................
3. Tugas yang banyak itu tidak.................oleh dua orang pekerja baru itu.
4. Sejak..................anaknya ibu murid itu sering termenung.
5. Hari ini Ridzwan lambat tiba di pejabat kerana................bas.
6. Indahnya suasana di tepi pantai pada awal senja itu tidak.............   .
7. Penduduk-penduduk kampung itu dinasihati agar tidak mudah.............oleh 
    pujukan jurujual yang berkunjung ke rumah mereka.
8. Akhirnya, masalah yang rumit itu...............juga olehnya.
9. Dalam perjalanan pulang dari sekolah mereka........................    .
10. Golongan....................di luar negera diingatkan supaya sentiasa menjaga 
      nama baik negara.
11. Pertuturan pelancong dari Jerman itu tak...................oleh penjual air batu itu.
12. "Kalau kamu tidak.................datanglah ke rumah saya," Maimun mempelawa 
      Munir.
13. Pemikirannya tidak.................oleh gejala negatif dari Barat.
14. Mereka................setelah bertungkus-lumus membersihkan kawasan itu.
15. "Orang yang..................perlu kita bantu," kata ayah kepada adik.


CBerikanlah imbuhan memper......kan atau memper........i pada kata dasar di bawah ini. Kemudian, isikanlah kata-kata yang terbentuk itu di tempat kosong untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.



baik    temu    baru    hias    lindung    hati    ajar   kenal    juang    sembah



1. Ayah ke pejabat pos untuk ...................cukai jalan motosikalnya.

2. Penghululah yang...............Rahimi dengan ibu kandungnya.
3. Pihak polis sedang.............gerak-geri kedua-dua orang pemuda itu.
4. Pihak PERHILITAN bertanggungjawab..............hidupan liar daripada pupus.
5. Cikgu Mona ......................pelajar baru itu kepada kami.
6. Sekumpulan pelajar sedang...................tarian canggung.
7. Sahabat pena saya dari New Zealand ingin...................bahasa Melayu.
8. Jasa mereka yang..................kemerdekaan tanah air patut kita hargai.
9. Lampu yang berwarna-warni...............rumah pengantin itu.
10. Lamin memperkuat azam untuk....................nasib keluarganya.


DBerikanlah imbuhan men..........kan atau men...........i pada kata dasar di bawah ini. Kemudian, isikanlah kata berimbuhan tersebut di tempat kosong untuk melengkapkan ayat-ayat yang berikutnya.



pagar       naik       panas       kotor       kurnia       datang       merah       agung

cerita        serta


1. Sejak penghulu jatuh sakit, banyak orang kampung yang................rumahnya.

2. Ayub................bilah-bilah buluh itu di sekeliling kolam ikannya.
3. Sampah sarap yang.................jalan itu di sapu oleh pekerja Majlis Bandaraya 
    Johor Bahru.
4. Baginda...............pahlawan yang berjasa itu Pingat Gagah Berani.
5. Setiap warganegara Malaysia perlu................bahasa Melayu.
6. Gadis itu................kukunya dengan pewarna.
7. Sebelum acara itu dimulakan, para peserta.................badan masing-masing.
8. Para pelajar yang terpilih untuk.................perbarisan itu mengadakan latihan.
9. Nenek selalu...............kisah hidupnya kepada kami.
10. Ketua pengawas................bendera manakala pelajar-pelajar lain 
      menyanyikan lagu Neragaku.


E. Bubuh imbuhan ber........an atau ber........kan pada kata dalam kurungan untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.



1. Cikgu Halim sering (tanya).........masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya.

2. Mereka duduk (damping)...............untuk bergambar di majlis itu.
3. Dengan (bekal)...............kelulusan STPM itu, dia ke bandar untuk mencari 
    pekerjaan.
4. Anjing-anjing yang (keliar).............di kawasan itu ditangkap oleh pihak Majlis 
    Bandaraya Johor Bahru.
5. Anak Datuk Majid (suami)...............kerabat raja Perlis.
6. Orang gila yang (senjata)...............parang itu ditangkap oleh orang kampung.
7. Daun-daun kering (terbang)..............ditiup angin yang agak kencang itu.
8. Kedua-dua orang ibu dan anak itu (peluk).................apabila hakim memutuskan 
    mereka tidak bersalah.
9. Tomato yang dibelinya (cicir).................di atas lantai apabila plastik bekas 
    tomato itu koyak.
10. Pelari-pelari itu (saing).....................dalam acara lumba lari 400 meter.



F. Bubuhlah imbuhan se... atau ke....an pada kata dalam kurungan untuk melengkapkan ayat di bawah ini.


1. Penduduk-penduduk kampung itu bersiap sedia untuk menyambut.....................

    Perdana menteri. (tiba)
2. ..................nya dari sekolah, Amin ke dapur untuk makan. (kembali)
3. ..................Mi Ling mendorong adiknya untuk belajar bersungguh-sungguh.  
    (jaya)
4. Sepertiga daripada wang gajinyadisimpan, manakala..............nya dibelanjakan. 
    (lebih)
5. Kita perlu memastikan ....................sesuatu berita itu sebelum menceritakannya 
    kepada orang lain.(benar)
6. Kerja ukir-mengukir memerlukan ...............dan ..................  . (mahir, sabar)
7. Para pelajar perlu membuat persediaan.................nya sebelum menghadapi 
    peperiksaan. (cukup)
8. "....................nya kamu memberitahu ibu tujuan kamu mengeluarkan wang 
    simpanan kamu," kata ibu kepada Zahid. (patut)
9. Pelbagai................diadakan bersempena dengan Minggu Budaya itu. (giat)
10. "................nya Wahid dipilih sebagai ketua, bukan Badrul," kata Mohan 
     kepada kawan-kawannya. (benar)
11. Pegawai polis itu dikurniai pingat kerana.................nya menangkap 
      penjenayah itu. (berani)
12. .......................pasukan bahas sekolah kami, tidak kami duga. (menang)
13. .......................nya bertanyalah kepada guru jika anda menghadapi masalah dalam pelajaran.(baik)
14. Gaya budak itu bersilat, memperlihatkan ......................nya. (wira)
15. ...................harga saham membimbangkan para pelabur setempat. (jatuh)



2 comments:

  1. Cikgu, bolehkah saya dapatkan jawapan kesalahan imbuhan?

    ReplyDelete
  2. cikgu, bolehkah saya dapatkan kesalahan imbuhan?

    ReplyDelete