Friday 20 March 2015

Kesalahan tatabahasa PT3
(Oleh: Cikgu Rashid Lewan)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang jawapan yang disediakan.

Latihan 1

1. Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada  
    pagi tadi.
2. Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang 
    mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah kebajikan 
    kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang 
    boleh menjaga mereka.
3. Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu 
    diambil oleh Encik Baba agar penghuni dorm itu lebih 
    prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan dorm 
    mereka.
4. Kita sesama manusia perlu saling hormat-menghormati 
    antara satu dengan yang lain.
5. Kelima-lima orang murid di sekolah menengah tersebut 
    diberikan hadiah di atas kejayaan mereka mengharumkan 
    nama sekolah mereka dalam pertandingan reka cipta itu.
6. Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej 
    yang menarik kepada para pelanggan-pelanggan 
    sempena cuti sekolah.
7. Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-
    buahan tempatan seperti durian dan manggis.
8. "Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku 
    berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-
    muridnya.
9. Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang 
    penyakit selesema burung pihak berkuasa musnahkan.
10. Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan 
      Eropah terpikat kepada keindahan Pulau Tioman ketika 
      kali pertama berkunjung ke pulau itu.

Latihan 2

1. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para 
    pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di  kawasan 
    itu.  .
2. Walaupun tidur bertilamkan dengan surat khabar lama 
    di kaki lima itu, namun pengemis itu kelihatan amat lena.
3. Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah 
    itu di bilik mesyuarat utama.
4. Lukisan-lukisan yang sedang dipamerkan di galeri itu 
    cantik-cantik belaka.
5. Dia senyum lebar kepada saya setelah mendengar berita  
    yang menggembirakan itu.
6. Semasa bertemu dengan Mak Cik Salmah, kami ada 
    bertanyakan tentang khabar Pak Cik Salleh.
7. Murid itu akan dikenakan denda kerana tidak 
    menyiapkan tugasan yang diberikan kepada guru pada 
    semester baru-baru ini.
8. Semua murid-murid mesti berusaha dengan gigih untuk 
    mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
9. Tuanku berkata,"Beta berharap agar rakyat di negara ini 
    dapat mematuhi undang-undang yang dimaktubkan".
10. Walaupun ruang udara kita tidak diancam oleh 
      jerebu, oleh itu kesedaran yang berterusan tentang 
      kepentingan memelihara alam sekitar perlu terus 
      dijadikan amalan.

Latihan 3

1. Pegawai itu beranggapan dengan, mutu kerja perlu 
    ditingkatkan untuk memperoleh produktiviti yang tinggi.
2. Peserta seminar bahasa itu akan dibekalkan dengan 
    kertas kerja-kertas kerja yang dibentangkan dalam 
    seminar itu.
3. Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air 
    akibat hujan yang terlalu lebat.
4. "Semua murid mesti menandatangani borang sebelum 
    dapat serta perkhemahan yang akan diadakan di Gua 
    Tempurung.
5. Baju biru itu dibeli oleh saya sewaktu berkunjung ke 
    England.
6. Program 1 Murid 1 Sukan amat berjaya kerana dapat 
    mengumpulkan semua murid di seluruh negara 
    menyertai acara larian di masa yang sama.
7. Burung berterbangan di udara bila fajar mula 
    menyingsing.
8. Selain daripada itu, aktiviti hari keluarga dapat 
    mengeratkan silaturahim  dalam sesebuah keluarga.  
9. Pihak kerajaan bercadang untuk membina lebih banyak
    sekolah-sekolah rendah di kawasan pedalaman.
10. Apabila kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian 
     penyerahan tanahnya di Tanjong Pagar kepada kerajaan 
     Singapura, menandakan berakhirnya perkhidmatan 
     Kereta api Tanah Melayu di Singapura.

Latihan 4

1. Ibu Atiqah memberitahu bahawa dia dapat keluar 
    menonton wayang jika dia telah menyiapkan kerja 
    rumah yang diberi oleh gurunya.
2. "Encik gurukah Bahasa Melayu anak saya di sekolah 
    ini?" tanya Hasnan kepada kerani di pejabat sekolah.
3. Perasaan Shimah teramat sayu sekali mengenangkan 
    kematian adik kesayangannya akibat kemalangan di 
    jalan raya.
4. Pada masa ini banyak kes jenayah pecah rumah 
    dilaporkan kepada polis dan kebanyakannya berlaku di 
    taman perumahan-perumahan.
5. Pendatang asing dari negara ASEAN suka datang di 
    negara kita kerana nilai mata wang negara kita tinggi.
6. Kapal terbang-kapal terbang tentera Amerika telah 
    menembak pejuang-pejuang Afghanistan tanpa belas 
    kasihan.
7. Disiplin sangat penting bagi seorang murid yang ingin 
    berjaya dalam pelajaran.
8. Ibu bapa diingatkan agar mendapatkan maklumat 
    berpandukan kepada keterangan yang betul, bukan 
    mendengar khabar angin semata-mata.
9. Puan Siti tidak pasti sama ada hendak menghantar 
      anaknya ke taska atau rumah jirannya, kerana hujan 
      turun tidak henti-henti.
10. Beliau merupakan tokoh korporat yang terkenal dan 
      paling berpengaruh sekali di bandar itu.

Latihan 5

1. Pokok-pokok rendang itu menjadi tempat berteduh, 
    terutama di musim panas.
2. Selain berpidato, Azman juga seorang pelajar yang 
    tangkas dalam seni mempertahankan diri.
3. Alat tulis-alat tulis yang dijual di kedai itu bukan sahaja 
    murah, malah berkualiti.
4. Tokoh korporat itu memang tersohor walaupun dia 
    hanya dibesarkan di kawasan pedalaman.
5. Ustazah Salmah menceritakan tentang pengalamannya
    mengajarkan subjek Pendidikan Islam sebelum 
    berpindah ke sekolah baharu.
6. Bola yang hilang itu ditemui oleh beberapa orang pelajar 
    ketika bermain-main di kawasan berkenaan.
7. Apabila bercerita akan format peperiksaan, banyak 
    perkara perlu diteliti terlebih dahulu.
8. Dr. Fatin telah mendedahkan yang penyakit berjangkit 
    telah mula menular di kawasan perkampungan orang 
    asli.
9. Berita pemergian Sultan Johor ke negara-negara Timur 
    Tengah mendapat liputan meluas dalam sidang akhbar.
10. Encik Ismail seorang ayah yang begitu tabah sekali 
      dalam menempuh pelbagai dugaan hidup.

Latihan 6

1. Yang mana benar?
2. Jamai akan berpindah ke Melaka atau Pahang?
3. Jangan membuat bising.
4. Sila ambil perhatian!
5. Gadis itu tercantik.
6. Kami ingin bertemu Puan Maimunah.
7. Saya dapat menyaksikan sekawan burung-burung 
    terbang mencari makanan pada waktu pagi.
8. Nenek pergi ke kedai untuk membeli tomato sos, gula dan 
    tepung gandum.
9. Suhaimi mendapat hadiah utama di dalam pertandingan 
    pidato yang disertainya semalam.
10. Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di 
      sepanjang jalan menuju ke stadium.

Latihan 7

1. Azmi tidak sahaja baik hati malah dia seorang yang 
    pandai.
2. Asmawi membaca neneknya surat yang baru sahaja 
    diterimanya dari luar negara.
3. Sudah bertahun Mak Cik Rohana tidak mendapat khabar 
    berita daripada anaknya yang telah menetap di luar 
    negara.
4. Aminah sangat bencikan lelaki yang sering 
    mengganggunya itu.
5. Sejak dari semalam ibu kelihatan sugul dan tidak 
    berselera makan.
6. Peristiwa sedih yang menimpa keluarga tidak dapat 
    dilupakan oleh saya walaupun sudah lama berlalu.
7. Membaca ialah antara kegemaran Amira pada waktu 
    lapangnya.
8. Rahman memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang 
    perubatan daripada universiti luar negara.
9. Johor Bahru terletak antara Singapura dengan Melaka.
10. Cikgu Amri menyuruh kami mendapatkan lain-lain 
     sumber untuk mendapatkan maklumat tentang 
     kehilangan pelajar perempuan itu.

Latihan 8

1. Wakil rakyat di kawasan itu berjanji akan menyelesaikan 
    tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk di 
    kawasan perumahan itu.
2. Apabila dimarahi oleh ibu, adik menghempaskan mainan 
    yang baru dibelinya itu kepada lantai.
3. Rahimah sering menghadapi banyak masalah tentang 
    pelajaran.
4. Semua anak-anak sungai tercemar sejak pembangunan 
    di kawasan itu dilaksanakan.
5. "Beta berharap agar tuanku dapat menyelesaikan 
    masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan segera." 
    sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka.
6. Tolong jangan berbuat bising di kawasan ini.
7. Hamdan dilantik sebagai ketua pengawas lantas dia 
    mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
8. Junainah memperolehi tempat pertama dalam 
    pertandingan mewarna.
9. Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza 
    untuk menguasai perkara yang mereka pelajari.
10. Pemandangan di tepi pantai itu memang tersangat 
      indah, terutama pada waktu pagi.

Latihan 9

1. Agenda terakhir mesyuarat itu ialah membincangkan lain-
    lain masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung. 
2. Keropok ikan itu memang sedap dimakan jika dicecah 
    pada cili sos.
3. Selepas pulang daripada sekolah, Amin terus mencapai 
    basikalnya untuk pergi ke kafe siber.
4. Rahimi yakin yang dia akan memenangi pertandingan 
    bercerita itu.
5. Kakak menjahiti  adik sehelai baju.
6. Kanak-kanak di Tadika Idaman kepanasan sepanjang hari 
    kerana alat penghawa dinginnya rosak.
7. Rumahkau memang cantik.
8. Ku ambil bola itu.
9. Najib tidak mengindahkan nasihat gurunya.
10. Dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Jabatan 
      Penerangan.

Latihan 10

1. Ambillah apa yang ada di atas meja itu.
2. Sebahagian daripada harta-harta pusaka Haji Wahid akan 
    disumbangkan kepada anak-anak yatim.
3. Rahimah pulang ke kampung untuk bertemu saudara-
    maranya.
4. Pembangunan negara Malaysia hendaklah berteras 
    Rukun Negara.
5. Selain sehelai tuala, pihak pengurusan hotel juga 
    menyediakan dua biji sabun kepada para pelanggan.
6. Keadaan di dalam kelas itu menjadi sangat riuh-
    rendah apabila beberapa orang murid tiba-tiba menjerit.
7. Pihak kerajaan negara itu berjanji akan memenjarakan 
    siapa sahaja yang terlibat dengan jenayah rasuah.
8. Beribu anak muda menyaksikan gelagat Mat Rempit.
9. Tiada seorang pun dalam kalangan ahli-ahli jawatan 
    kuasa dipersalah kerana masalah itu timbul selepas 
    mereka meletakkan jawatan.
10. Yu Wei terpandai di dalam kelasnya.


Latihan 11

1. "Hai Jebat derhaka! Patik diutus oleh baginda untuk 
    menangkap tuan hamba," kata Hang Tuah kepada Hang 
    Jebat.
2. "Kita turut berdukacita kerana kematian ayah kamu itu," 
    kata Salim dan Azman kepada Siti.
3. Datuk menasihati adik," Jika belajar bersungguh-
    sungguh, kalian tentu akan berjaya."
4. "Hamba mesti ke rumah Daing sekarang juga kerana ada 
    urusan penting yang perlu kita selesaikan," kata 
    Penghulu Malim kepada anak-anak buahnya.
5. "Beta tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa tuan 
    hamba," kata Temenggung kepada Bendahara.
6. "Kami akan memulakan mesyuarat ini dengan segera," 
    kata pengerusi mesyuarat itu kepada anggota-anggota 
    jawatankuasa.
7. "Ibu, aku hendak ke sekolah," Swee Moi memberitahu 
    ibunya.
8. Kebenaran berita yang dia terima masih disangsikan.
9. "Berjumpalah dengan kita jika anda menghadapi 
    masalah," kata ketua kaunseling itu.
10. "Wahab dan Swee Choon bersahabat baik. Kami tidak 
      pernah bertengkar," Radzi memberitahu Aru.


Latihan 12

1. Ahmad tersinggung dengan sikap rakan-rakannya itu.
2. Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung atas 
    orang tuanya.
3. Banyak pelajar yang tidak bersetuju akan cadangan Ravi 
    untuk ke Pulau Kapas.
4. Siti Laila tidak suka terhadap kucing.
5. Dia memperdengar bunyi orang mengilai melalui pita 
    rakamannya.
6. Pak Ali akan memperkebunkan tanah terbiar itu.
7. Dia berdiri maka memberikan jawapan.
8. Apabila didenda oleh guru disiplin, pelajar-pelajar itu tidak 
    berani ponteng sekolah.
9. Pekerja-pekerja itu akan terus berpiket hingga tuntutan 
    mereka tidak dipenuhi.
10. Jangankan adik, malah abang tidak dapat menjawab 
      soalan matematik yang susuh itu.


Latihan 13

1. Dialah yang beritahu saya tentang rahsia itu kelmarin.
2. Berbagai permainan tradisional dipertunjukkan di 
    Gelanggang Seni bersempena dengan Tahun Melawat 
    Malaysia 2015.
3. Petani itu menjual beberapa keping tanahnya untuk 
    menyara anaknya belajar di universiti.
4. Mereka-mereka yang mendaftarkan diri terdiri daripada 
    golongan remaja.
5. Rumah penyanyi itu terletak tidak jauh daripada rumah 
    saya.
6. Pihak Kementerian Pelajaran akan memberikan taklimat 
    kepada guru besar-guru besar tentang bahasa baku.
7. Tiap-tiap pelajar-pelajar mestilah menghormati gurunya.
8. Beberapa buah rumah-rumah di kawasan itu dirobohkan 
    oleh pihak majlis perbandaran.
9. Beberapa orang belia di kampung itu berternak telur 
    ayam dan daging ayam.
10. Lembu susu itu sedap rasanya.


Latihan 14

1. Beberapa orang murid perempuan yang memakai skirt 
    mini itu murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chee 
    Tong.
2. Rumah-rumah di kawasan itu cantik-cantik belaka.
3. Arif berehat kerana kepala sakit.
4. Pameran buku itu adalah yang terbesar sekali antara 
    yang pernah diadakan di bandar ini.
5. Pelancong-pelancong itu terpesona melihat akan penari-
    penari itu.
6. Anggota-anggota jawatankuasa telah berbincang perkara 
    itu hingga larut malam.
7. Tan mempunyai banyak kawan kerana sikapnya yang 
    peramah dan pemurah.
8. Mak Andam menduduki pengantin itu di atas pelamin.
9. Air mata membasahkan pipinya yang gebu itu.
10. Sudah setahun lamanya Ramesh tidak balik kampung.


Latihan 15

1. Sajak-sajak ini dihasilkan olehku semasa menuntut di luar 
    negara.
2. Kamus perlu dirujuki oleh anda jika anda menemukan 
    kata-kata yang sukar.
3. Lanun yang sering mengganggu nelayan setempat telah 
    tentera laut hapuskan.
4. Tanah yang terbiar di kampung itu telah para belia 
    kampung itu majukan.
5. Duit yuran itu akan disampaikan oleh saya kepada guru 
    tingkatan.
6. Pihak polis mereka hubungi setelah kejadian itu berlaku.
7. Karya itu beliau karang di luar negara.
8. Setelah borang itu diisi oleh kamu, serahkan kepada 
    saya.
9. Surat itu saya belum balas kerana sibuk.
10. Setiap bulan keluarga miskin itu kerajaan bantu.


Latihan 16

1. Derma yang mereka pungut itu melebihi seratus ringgit.
2. Ceramah itu beliau sampaikan dalam bahasa baku.
3. Kebersihan di kawasan itu kita perlu jaga.
4. Pemuda itu mengetepikan akan keretanya untuk 
    memberikan laluan kepada rombongan pelawat itu.
5. Tugasan itu hendaklah dilakukan oleh anda.
6. Mak Minah merisaukan tentang anaknya yang sedang 
    sakit.
7. Khoo Cheng Tenglah pelajar yang paling gemuk sekali di 
    dalam kelas saya.
8. Mereka terpaksa melintasi di jalan raya itu untuk ke 
    sekolah.
9. Anak yatim itu kita patut bantu supaya kehidupanaya 
    terjamin.
10. Surat itu perlu dia jawab dalam tempoh 
      seminggu.


Latihan 17

1. Dia selalu bertanyakan tentang khabar ayah saya.
2. Dengan berpandukan pada plan itu, akhirnya kami 
    sampai di rumahnya.
3. Banyak para pelajar yang suka melanggar peraturan 
    sekolah.
4. Turut menyampaikan ucapan di majlis itu ialah wakil 
    rakyat yang baru.
5. Beliau guru kamukah?
6. Abang saya belum membuat keputusan sama ada 
    hendak melanjutkan pelajaran di Australia atau England.
7. Penduduk-penduduk kampung itu bukan sahaja peramah 
    serta saling membantu.
8. Kami menerima berita ayahnya sudah meninggal dunia.
9. Tiada seorang pun yang tahu kejadian itu.
10. Perabot itu sangat mahal kerana ia diimport dari Itali.


Latihan 18

1. Nenek menanak nasi tetapi ibu memasak gulai 
    kegemarannya.
2. Tiap usaha yang dilakukan memerlukan kesungguhan 
    dan ketabahan.
3. Kejadian keracunan makanan berlaku di kedua buah 
    sekolah di daerah itu.
4. "Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan kesalahan 
    anakanda Raja Ahmad kerana baginda masih mentah 
    lagi," sembah Tun Perak kepada Sultan Mansor.
5. Tugasan yang disediakan oleh kami itu mendapat pujian daripada guru kerana  
    kemas dan menarik.
6. Pihak berkuasa akan menyiarkan berita terkini kapal terbang itu melalui 
    televisyen dari masa ke semasa.
7. Oleh kerana gagal memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan 
    SPM yang lepas, Aizal membuat keputusan untuk mengikuti kursus kemahiran.
8. Para murid-murid dinasihatkan oleh guru besar agar melibatkan diri dalam 
    aktiviti kokurikulum.
9. Sebagai bapa, Encik Aizul sanggup berbuat apa-apa sahaja demi untuk 
    kejayaan anak-anaknya dalam bidang pelajaran.
10. Yang di-Pertuan Agong berucap sempena sambutan Hari Kemerdekaan 
      Negara yang ke-57 di Istana Negara.

Latihan 19

1. Amalan gotong-royong dapat menghidupkan semangat saling bantu-membantu 
    dalam kalangan masyarakat di negara ini.
2. Siber kafeteria yang dibuka di merata-rata tempat telah banyak mendatangkan 
    keburukan kepada para remaja.
3. Dia hanya membisu sahaja apabila ditanyakan tentang lain-lain masalah yang 
    mungkin timbul dalam persatuan itu.
4. Persahabatan antara saya dengan Halimah hanya tinggal di dalam kenangan 
    selepas ayah berpindah ke luar negara.
5. Tuan pengerusi menjelaskan bahawa isu berkaitan ponteng sekolah akan 
    dibincangkan dalam lain-lain agenda.
6. Tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine mendapat liputan 
    yang meluas oleh media massa-media massa di dalam dan di luar negara.
7. Sepasukan perompak telah berjaya diberkas oleh pihak polis selepas 
    melakukan rompakan di kediaman orang kaya itu.
8. Kekejaman pengganas komunis pada zaman darurat dahulu masih terpahat di 
    dalam ingatan Pak Tua.
9. Berbagai makanan yang lazat-lazat dijual di Restoran Habib.
10. Selain daripada sikap anak-anak, kesibukan ibu bapa dalam mengejar 
      kemewahan juga menjadi penyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja.




RUMUS TATABAHASA
Betulkan setiap kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam frasa-frasa di bawah ini.

1. barisan pentadbir-pentadbir
2. menekankan kepada aspek kebersihan
3. berbincang perkara tersebut
4. berkata hal yang sama
5. adalah dimaklumkan bahawa...
6. adalah merupakan makanan
7. tiga pucuk surat-surat
8. enam ribu penonton-penonton
9. dua ratus buah rumah-rumah
10. semua murid-murid
11. para pensyarah-pensyarah
12. banyak perkara-perkara
13. beberapa orang pekerja-pekerja
14. segala cadangan-cadangan
15. banyak pembaca-pembaca
16. sebahagian dari ahli persatuan-persatuan
17. diantara cadangan-cadangan
18. lampu-lampu merah bergantungan
19. mensapu daun-daun kering yang berguguran
20. menyimpan koleksi-koleksi lagu-lagu Melayu
21. jemaah menteri-menteri
22. kumpulan pelabur-pelabur asing
23. bendera-bendera berkibaran
24. serombongan pelancong-pelancong asing
25. segelintir pendengar-pendengar
26. timbunan surat-surat
27. sejambak bunga-bunga ros merah
28. bintang-bintang berkerdipan di langit
29. baginda menganugerahi gelaran datuk
30. bila loceng dibunyikan
31. askar-askar yang belut
32. gulungan siswazah
33. mengundang Hayati di stesen bas
34. tidak mengindahkan keselamatan
35. Buku itu saya akan beli.
36. pedalaman dasar sungai
37. pada pendapatan kami
38. Ikutlah rasmi padi....
39. menempoh berbagai masalah
40. mereka-mereka adalah petani yang...
41. perabut itu sangat mahal kerana ia ...
42. setengah orang tidak percaya..
43. lima setengah ringgit
44. di dalam sesebuah masyarakat
45. dibuat dari sutera
46. daripada Ipoh kepada Kuala Lumpur
47. ada dengan Norain
48. Tugas itu kamu mesti laksanakan.
49. dari masa kepada semasa
50. di serahkan ke pegawai yang bertugas
51. amat tertarik dengan keindahan likusan itu
52. dibatalkan oleh kerana tidak diluluskan
53. Ahmad kata kepada saya yang dia masih belum pulang.
54. senyum pada adik saya 
55. tiap kali menghadapi masalah
56. para-para penonton
57. jika sekiranya saya dipilih
58. berhenti kerja sebab sakit
59. diadakan di dalam majlis itu
60. mengenepikan motokarnya untuk memberi laluan 
      kepada ambulan itu
61. menjatuhkan peragut itu hukuman mati
62. memberikan Azwan semangkuk bubur
63. mengambil nenek sebiji buah mangga
64. sampah-sarap mengotorkan pantai
65. pepohon-pepohon yang rendang
66. amat kusut-masai
67. saling potong-memotong
68. menggaru-garu kepalanya berkali-kali
69. ....dia basuh
70. dibersihkan oleh kami
71. menyimpan banyak harta
72. Bagi setiap murid sewajarnya mematuhi peraturan.
73. Yang mana benar?
74. Jangan membuat bising.
75. ...berharap masalah itu dapat diselesaikan
76. berpindah ke Melaka atau Johor Bahru
77. Siti Restoran
78. cili sos
79. yang tercantik sekali
80. dikirim oleh saya
81. selain daripada itu
82. alat tulis-alat tulis
83. memperbesarkan ruang tamu
84. memasak ayah sup belut
85. keempat anak kucing itu
86. hubungan di antara Siva dan Chong
87. terletak antara balai polis dan perpustakaan
88. berhampiran pasar raya
89. memberi keterangan yang jelas tentang profesyen
90. mengucapkan berbanyak terima kasih
91. kelawar-kelawar yang bergayutan
92. di atas sebab-sebab keselamatan
93. menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan di 
      antara kaum dapat dipereratkan
94. kebanyakkan pelancung
95. baharu membeli sebuah kereta baru
96. ucapan aluan
97. Sila ambil perhatian!
98. setiap buah pendapat
99. ialah dengan belajar bersungguh-sungguh
100. adalah ingin menjadi pemidato terbaik
101. senarai barang-barang
102. di dalam melaksanakan
103. lain-lain barang
104. terkejut bila mendengar berita itu
105. di malam ini
106. Hakeem Restoran

6 comments:

  1. Apabila kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian
    penyerahan tanahnya di Tanjong Pagar kepada kerajaan
    Singapura, menandakan berakhirnya perkhidmatan
    Kereta api Tanah Melayu di Singapura.

    Apakah jawapan untuk soalan ini?

    ReplyDelete
  2. apakah jawapan untuk semua soalan di atas?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ..ada dak jawpaan untuk latihan di atas

    ReplyDelete
  4. Lalu lintas di kawasan rekreasi itu sesak kerana para
    pekerja sedang memperlebarkan jalan raya di kawasan
    itu. .

    Apakah jawapan untuk ayat ini?

    ReplyDelete