Saturday 21 March 2015






Menggabungkan ayat tunggal kepada ayat majmuk

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini suyaya menjadi satu ayat majmuk.

1. Mata pelajran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar 
    oleh sesetengah pelajar.
    Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang 
    senang oleh sesetengah pelajar.

2. Ramli memberitahu ibunya masalah yang dihadapinya itu.
    Masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.

3. Zubaidah pergi ke sekolah.
    Zubaidah menjalani latihan bola jaring.

4. Buku cerita itu sangat tebal.
    Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di 
    Plaza Angsana, Johor Bahru.

5. Ramli mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.
    Ramu mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.

6. Sharifah selalu ponteng sekolah.
    Sharifah didenda oleh guru disiplin sekolahnya.

7. Nenek sedang menjahit baju di ruang tamu.
    Ibu sedang memasak rendang ayam di dapur.

8. Rohana tidak hadir ke sekolah hari ini.
    Dia memberitahu rakannya.
    Dia sakit perut.

9. Hujan sangat lebat pada hari ini.
    Razali tetap pergi ke sekolah.

10. Murid-murid itu menunggu bas di perhentian bas.
      Murid-murid itu berbual-bual dengan rakannya.

11. Di negeri Johor telah diumumkan hari Jumaat bukan hari  
      perekolahan.
      Di negeri Johor telah diumumkan hari Sabtu bukan hari 
      persekolahan.

12. Ramesh membaca buku.
      Diana membaca buku.
      Buku itu kepunyaan Syahirah.

13. Bapa akan pergi ke Indonesia hujung bulan ini.
      Bapa akan pergi ke Indonesia awal bulan hadapan.

14. Kami ada masa pada hujung minggu ini.
      Kami akan menziarahi rakan kami di hospital.

15. Rafi rajin mengulang kaji pelajaran.
      Rafi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PT3.

16. Kereta itu baru dibelinya.
      Kereta itu baharu.

17. Pekerja-pekerja kilang itu penat bekerja.
      Pekerja-pekerja kilang itu berehat.

18. Jalan di situ licin.
      Penunggang-penunggang motosikal itu masih 
      menunggang motosikal dengan lajunya.

19. Beberapa orang pemuda duduk berbual-bual di 
      perhentian bas.
      Mereka menunggu bas tiba.

20. Nelayan-nelayan itu harus pulang dengan segera.
      Ribut akan melanda kawasan perairan itu.

21. Murid-murid diberi kebebasan untuk meminjam buku ini.
      Murid-murid diberi kebebasan untuk meminjam buku itu.

22. Perabot-perabot itu bermutu rendah.
      Harga perabot-perabot itu mahal.

23. Ramlah berhijrah ke rumah baharunya.
      Ramlah memohon maaf atas segala kesilapannya 
      kepada jiran-jiran lamanya.

24. Sapuan menghidap demam panas.
      Sapuan memohon cuti daripada majikannya.

25. Adik masuk ke bilik tidurnya.
      Adik mengemas bilik tidurnya.

26. Razali didenda oleh guru Bahasa Melayunya.
      Razali tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan 
      semalam.

27. Para remaja sekarang gemar bermain permainan video 
      pada masa lapang.
      Para  remaja suka membaca buku.
      Para remaja suka melayari Internet.  

28. Budak itu sedang menonton televisyen.
      Budak itu tekun.
      Budak itu anak saudara saya.

29. Kedai Runcit Sabena dibuka dari hari Sabtu hingga hari 
      Khamis.
      Kedai Runcit Sabena tidak dibuka pada hari Jumaat.

30. Abang seorang yang sangat pendiam.
      Adik pula seorang yang sangat peramah.

31. Mak Cik Siti jiran saya itu, gemar membuat kuih pada 
      masa lapangnya.
      Mak Cik Siti gemar menonton filem arahan P. Ramlee.

32. Peserta itu memenangi hadiah pertama dalam 
      pertandingan mendeklamasi sajak.
      Peserta itu ialah adik saya.

33. Murid-murid Tahun 6 Perdana berbual-bual.
      Murid-murid Tahun 6 Perdana menyalin nota yang 
      diberikan oleh guru mereka.

34. Persatuan pengakap sekolah itu akan mengadakan 
      perkhemahan. 
      Perkhemahan itu diadakan di Hutan Lipur Gunung Pulai 
      pada hujung minggu ini.

35. Pertandingan badminton peringkat kebangsaan akan 
      diadakan pada bulan Ogos nanti.
      Pertandingan itu disertai oleh wakil daripada setiap 
      negeri.

36. Budak lelaki yang berbaju merah itu suka makan nasi 
      goreng kampung.
      Budak perempuan yang berambut panjang itu suka 
      makan mi rebus.

37. Peragut itu berjaya ditangkap oleh orang ramai.
      Peragut itu dihantar ke balai polis yang berhampiran.

38. Cuaca pada hari ini sangat panas.
      Petani-petani itu terus membanting tulang empat kerat 
      mereka di ladang.

39. Makanan yang berminyak harus dikurangkan.
      Makanan yang berminyak boleh mendatangkan pelbagai 
      penyakit.

40. Adik berbadan kurus.
      Adik terangkat beg yang berat itu.
      Banyak orang memuji kehebatannya.

41. Pertandingan syarahan itu diwakili oleh Rohana?
      Pertandingan syarahan itu diwakili oleh Lee Kiat?

42. Pelajar itu memang aktif dalam kokurikulum.
      Pelajar itu cemerlang dalam pelajaran.

43. Penggubah lagu itu yang sangat kreatif.
      Penggubah lagu itu memenangi anugerah Seniman 
      Negara.

44. Suresh datang lewat ke sekolah.
      Bas yang dinaiki Suresh rosak di tengah jalan.

45. Encik Maniam tidak akan pulang.
      Kerja-kerja Encik Maniam belum selesai.

46. Para nelayan telah turun ke laut.
      Para nelayan mencari rezeki.

47. Ubat ini sesuai untuk pesakit kencing manis.
      Ubat ini sesuai untuk pesakit darah tinggi.

48. Setiausaha Encik Zamani masuk ke bilik mesyuarat.
      Setiausaha Encik Zamani mengedarkan minit 
      mesyuarat.

49. Pasukan pembahas itu telah dua tahun menjadi juara.
      Pasukan pembahas itu begitu petah menyampaikan 
      hujah-hujahnya.

50. Mereka hadir dalam perjumpaan itu.
      Mereka membincangkan masalah keselamatan 
      kampung.

51. Filem itu sedang ditayangkan.
      Filem itu diarahkan oleh seorang pengarah muda.

52. Pengadil itu meniup wisel.
      Pemain itu melakukan kesalahan.

53. Motosikal itu rosak.
      Motosikal itu kepunyaan Pak Halim.

54. Puan Aishah terjelepok.
      Puan Aishah mendapat berita.
      Anak Puan Aishah ditangkap polis.

55. Doktor-doktor kerajaan berhijrah ke sektor swasta.
      Doktor-doktor kerajaan berkhidmat di pusat-pusat 
      perubatan.

No comments:

Post a Comment