Friday 20 March 2015


MENULIS ULASAN ( Bahagian C)

A. Gambar-gambar di bawah menunjukkan beberapa permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Tulis ulasan tentang permainan tersebut yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.





          Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan  untuk mempopularkan permainan tradisional. Hal ini demikian kerana permainan ini banyak mempunyai faedahnya. Antara faedahnya ialah permainan ini dapat dijadikan produk pelancongan yang menguntungkan negara. Banyak pelancong yang datang ke negara kita untuk melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di Malaysia.  Selain   itu, permainan ini dapat dijadikan sumber hiburan yang menyeronokkan. Seterusnya, bermain permainan tradisional dapat mengisi masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah. Permainan tradisionl merupakan warisan budaya negara yang harus dikekalkan supaya tidak pupus ditelan zaman. Tuntasnya, kita perlu mengembalikan kegemilangan permainan tradisional kerana permainan ini banyak mendatangkan faedah kepada rakyat dan negara.


B. Lihat gambar Gaya Hidup Sihat di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


                           GAYA HIDUP SIHAT


        



                              








                                         
                                      



          Pada zaman yang serba moden ini, gaya hidup sihat perlu diamalkan. Pengambilan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan penting untuk menjamin kesihatan diri. Ini kerana, piramid makanan menunjukkan kadar makanan harian yang patut kita ambil untuk menjamin kesihatan. Selain itu, kita juga perlu bersenam kerana aktiviti ini dapat membantu badan kita mengeluarkan peluh dan melancarkan perjalanan darah. Kita juga haruslah membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengesan tahap kesihatan tubuh badan kita dan dapat mengesan penyakit pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Jelaslah bahawa gaya hidup sihat merupakan salah satu cara yang perlu kita amalkan untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita.


C. Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN



Amalan ziarah-menziarahi 



Amalan bergotong-royong




Majlis rumah terbuka






          Pelbagai langkah efektif perlu dilaksanakan untuk memupuk semangat kejiranan kerana, jiran sepakat membawa berkat. Amalan ziarah-menziarahi, penting bagi menyuburkan semangat kejiranan. Kita boleh mengunjungi jiran sewaktu mereka sakit, ditimpa musibah atau hari perayaan. Amalan ini dapat merapatkan hubungan silaturahim  sesama jiran. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk semangat kejiranan. Kita dapat berkenalan, bertanyakan khabar dan berbual-bual semasa melakukan kerja dan menjadikan hubungan kita dengan jiran bertambah rapat, bagai aur dengan tebing. Seterusnya, kita digalakkan mengadakan rumah terbuka semasa musim perayaan. Dengan cara ini kita dapat mengenali adat dan budaya kaum-kaum lain selaki gus mampu mewujudkan persefahaman. Jadi,semangat kejiranan perlu dipupuk bagi menjamin keharmonian masyarakat yang berbilang kaum di negara kita.


D. Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PERANAN IBU BAPA MENGEKANG GEJALA SOSIAL





Memberikan didikan agama 









Membuat pemantauan







Mencurahkan kasih sayang








        
        Pada zaman globalisasi ini, gejala sosial semakin meruncing dan membimbangkan masyarakat. Oleh itu, peranan ibu bapa amat signifikan untuk mengekang masalah sosial ini. Salah satu peranan   ibu bapa ialah, mereka sewajarnya memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak kecil lagi, kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan cara ini, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata dan terhindar daripada melakukan kegiatan yang tidak bermoral. Selain itu, kasih sayang yang secukupnya amat diperlukan oleh anak-anak agar tidak mudah terpengaruh oleh gejala sosial. Seterusnya, ibu bapa hendaklah membuat pemantauan dan mengawasi pergaulan anak-anak. Ibu bapa perlu mengambil berat tentang aktiviti dan mengenali rakan karib anak-anak untuk memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan-rakan yang buruk akhlaknya. Kesimpulannya, ibu bapa haruslah bertanggungjawab menanangi gejala sosial,  sebelum anak-anak terhumban ke dalam gaung kegelapan.


E. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdsarkan maklumat yang diiberikan dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


                      KEJADIAN BANJIR KILAT
















- Hujan lebat, berlaku banjir kilat
- Penebangan hutan yang tidak terancang
-  Sistem perparitan kecil dan mudah tersumbat 


         Banjir kilat merupakan fenomena cuaca yang sering berlaku terutama, di kawasan-kawasan tanah rendah. Hujan lebat yang berterusan sehingga berjam-jam lamanya telah mengakibatkan berlakunya banjir kilat. Keadaan ini sering terjadi di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Selain itu, penebangan hutan yang tidak terancang juga menyebabkan kejadian banjir kiat. Ini kerana air hujan yang turun tidak dapat diserap oleh pokok menyebabkan air mengalir ke kawasan tanah rendah.
Di samping itu, banjir kilat juga berpunca daripada sistem perparitan yang kecil dan mudah tersumbat. Ini menyebabkan jumlah air yang melimpah semasa hujan lebat tidak dapat ditampung.Oleh itu,semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing, bagi menangani masalah ini.





 F. Lihat rajah di bawah dengan teliti, kemudian bina satu ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.










Karangan contoh


Kini, amalan menghormati warga tua semakin luput dalam masyarakat. Oleh itu, kempen tentang cara-cara menghargai jasa warga tua giat dijalankan oleh kerajaan. Antara cara yang boleh dilakukan termasuklah dengan memberi bantuan apabila orang tua memerlukannya. Sekiranya kita melihat orang tua yang membawa barang yang banyak kita hendaklah menawarkan diri untuk membantu. Masyarakat juga seharusnya mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang tua.  Jika kita berada dalam kenderaan awam kita perlulah memberi peluang kepada orang yang lebih tua untuk duduk. Cara lain, kita juga perlu meraikan Hari Warga Tua yang disambut pada 1 Oktober setiap tahun dengan memberikan hadiah sebagai penghargaan kepada mereka.

(99 patah perkataan)





Latihan 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

CIRI-CIRI PENGGUNA BIJAK


Membandingkan harga                            Merancang 
                                                              perbelanjaan          










Pembelian berdasarkan                        Membeli secara 
keperluan                                            borong










Pembukaan- berbelanja secara berhemah
- banyak kelebihan- mengamalkan ciri-ciri pengguna bijak

Isi
1. - membandingkan harga
    - memilih premis yang menawarkan harga yang lebih murah

2. - merancang perbelanjaan
    - tidak terpengaruh oleh iklan-iklan jualan murah

3. - membeli barang keperluan sahaja
    - dapat mengamalkan sikap berjimat cermat

Penutup   
    - harus bijak menguruskan perbelanjaan
    - menangani inflasi dan memberikan nilai yang lebih terhadap  
      wang kita.


Latihan 2

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan meklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

SEBAB-SEBAB MASYARAKAT TIDAK MINAT MEMBACA








                                     


Bahan bacaan mahal                                                                                    Pengaruh televisyen






                  








Kesibukan bekerja                                                                                   Tidak disemaikan minat membaca





CONTOH MEMBINA ULASAN

Lihat ganbar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.



KESAN PENGABAIAN PENJAGAAN KEBERSIHAN





KEBERSIHAN DIRI













KEBERSIHAN TEMPAT TINGGAL














KEBERSIHAN GERAI MAKANAN








     Menjaga kebersihan merupakan tuntutan agama. Oleh itu, setiap insan wajib menjaga kebersihan kerana kebersihan dapat melambangkan imej seseorang. Jika kita mengabaikan kebersihan diri pastinya akan menggambarkan imej yang buruk. Tubuh badan kita akan kelihatan kotor dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Badan kita juga akan mudah dijangkiti penyakit. Pengabaian kebersihan tempat tinggal pula akan menjadikan persekitaran rumah kita kelihatan kotor dengan sampah sarap yang bertaburan di sana sini. Situasi ini akan mengundang pembiakan haiwan yang membawa penyakit. Kebersihan gerai makanan yang tidak dijaga akan mengakibatkan makanan yang dijual tercemar dan menyebabkan keracnan makanan. Tuntasnya, sikap cinta akan kebersihan perlu diutamakan kerana kebersihan menjamin kesihatan yang baik.









CONTOH MEMBINA ULASAN
     Amalan makan secara sihat amat penting bagi menjamin kesihatan badan kita. Enam perkara perlu kita amalkan agar dapat makan secara sihat iaitu pengurangan gula, minyak, dan garam dalam makanan. Gula perlu dikurangkan untuk mengelakkan diabetes manakala pengambilan garam yang banyak bakal mengundang penyakit darah tinggi. Sebaliknya, kita patut melebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Vitamin-vitamin dalam buah-buahan dan sayur-sayuran menguatkan sistem pertahanan badan dan melindungi tubuh daripada penyakit. Selain itu, kita juga perlu minum air kosong sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Air penting untuk kesegaran tubuh, selain melancarkan proses perkumuhan. Sudah terang lagikan bersuluh, tubuh badan yang sentiasa sihat lahir 
daripada amalan makan secara sihat.







                                              ( 105 patah perkataan )
     Iklan jawatan kosong ini adalah untuk pelajar lepasan SPM. Keyakinan diri yang tinggi pada calon amat diperlukan semasa ditemu duga. Sekiranya remaja lepasan SPM diterima bekerja di syarikat tersebut, mereka dapat mengisi masa lapang sementara menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran. Mereka akan diberi gaji pokok sebanyak RM1200.00 dan elaun lebih masa. Dengan cara ini mereka boleh memperoleh wang bagi membiayai kos untuk melanjutkan pelajaran kelak. Keutamaan diberikan kepada calon yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Kemahiran dwibahasa sangat penting bagi memenuhi pasaran pekerjaan. Individu yang berminat boleh mengemukakan pertanyaan lanjut melalui alamat yang diberikan. Remaja harus merebut peluang keemasan ini untuk memperoleh pengalaman bekerja.
                              



















1 comment: