PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2016
BAHAGIAN SINTAKSIS
A. Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1.Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubahmaksud asalnya.
(1) Kerajaan mempertanggungjawabkan pihak polis untuk menjaga
keselamatan negara.
(2) Beliau akan merasmikan pameran robotik itu pada hari Sabtu ini.
(3) Kami telah dapat menikmati kemudahan berkat usaha gigih ketua
kampung ini.
(4) Saya banyak menemukan kesalahan ejaan dalam karangan ini.
(5) Encik Sulaiman menyusun barang-barang terpakai itu di belakang
rumahnya.
(6) Pihak sekolah akan menganjurkan kem motivasi untuk murid-murid yang
akan menduduki peperiksaan PT3.
(7) Saya akan membuang bekas-bekas plastik itu ke dalam tong kitar semula.
(8) Pengurus hotel itu mengarahkan para pekerja supaya melayan kehendak
setiap pelanggan.
(9) Penyanyi itu memperdengarkan suaranya yang lemak merdu dalam suatu
majlis anugerah.
(10) Ibu menasihati abang supaya berwaspada ketika menunggang motosikal.
(11) Saya meminjam buku-buku itu untuk membuat rujukan.
(12) Kami terpaksa memakai pakaian tebal kerana tidak tahan dengan udara
dingin di sini.
(13) Kalian harus memikirkan perkara ini masak-masak sebelum mengambil
sebarang keputusan.
(14) Cikgu Tan meminta Mei Lan menutup suis lampu dan kipas sebelum
meninggalkan kelas.
(15) Mereka menyusun buku-buku itu di sudut bilik sebelum memasukkannya
ke dalam kotak.
(16) Dia mengacukan baju itu di badan sambil menggayakannya di hadapan
cermin.
(17) Pekerja-pekerja itu memebang beberapa batang pokok untuk
memperlebar jalan tersebut.
(18) Saya akan menghadapi dugaan itu dengan tabah.
(19) Kami akan menghadiahi Cikgu Rahimah jambangan bunga bersempena
dengan Hari Guru.
(20) Mereka telah membersihkan kawasan perkuburan itu secara bergotong-
royong.
(21) Cikgu Maisarah akan mengumumkan keputusan pertandingan itu sebentar
lagi.
(22) Saya akan meminjam buku resepi yang tebal itu daripada Haryati.
(23) Mangsa tanah runtuh telah menerima bantuan makanan dan pakaian
daripada orang ramai.
(24) Amalia memerhatikan bot-bot nelayan yang mudik di sungai itu dari bilik
hotel penginapannya.
(25) Firdaus telah tersepak tunggul kayu ketika berjalan di hutan.
2. Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah
maksudnya.
(1) Penjenayah itu berjaya ditangkap oleh pihak polis akhirnya.
(2) Pertandingan kuiz Matematik itu disertai oleh beberapa orang murid dari
kelas ini.
(3) Semua peserta yang berjaya dihadiahi sebuah piala dan sijil penyertaan
oleh Pengetua.
(4) Sebaik-baiknya wang di atas meja itu engkau simpan di tempat yang lebih
selamat.
(5) Ujian Bahasa Melayu itu mesti engkau siapkan dalam masa yang
ditetapkan.
(6) Buah rambutan yang dijolok oleh ayah telah kami kutip.
(7) Para pelancong diberi penerangan tentang legenda Pulau Dayang Bunting
oleh pegawai itu.
(8) Segala kelengkapan untuk perkhemahan itu telah disiapkan oleh mereka.
(9) Gambaran yang jelas tentang kejadian itu gagal diberikan oleh saksi
utama kes itu.
(10) Beberapa kegiatan menarik telah diatur oleh Kelab Catur sepanjang
tahun ini.
(11) Pelbagai teknik digunakan oleh para peniaga untuk meraih keuntungan.
(12) Baju kurung ini saya hasilkan dengan tunjuk ajar daripada ibu saya.
(13) Murid-murid itu terpaksa dirawat oleh doktor kerana keracunan makanan.
(14) Titah perintah tuanku akan patik laksanakan dengan segera.
(15) Tiket bas ekspres itu boleh kamu beli secara dalam talian.
(16) Tepung gandum diayak oleh nenek untuk membuat bahulu.
(17) Semua tindakan yang kita ambil sepatutnya selaras dengan ajaran agama
masing-masing.
(18) Bunyi yang aneh dari rumah usang itu sering didengar oleh mereka pada
waktu malam.
(19) Semangat kerjasama diamalkan oleh mereka bagi menceriakan suasana
pembelajaran di dalam kelas.
(20) Tindakan itu harus engkau lakukan dengan sebaik-baiknya supaya tidak
menyinggung perasaan orang lain.
(21) Projek Sejarah itu akan saya siapkan dengan segera.
(22) Masalah ini akan dibangkitkan oleh beliau dalam mesyuarat yang akan
datang.
(23) Farhana sering dinasihati oleh ibunya supaya belajar dengan bersungguh-
sungguh.
(24) Rancangan untuk bercuti di Pulau Langkawi pada hari Sabtu nanti sudah
kami tunda.
(25) Tiket kapal terbang ke Manila ditempah oleh Encik Tan bagi mengurus
perniagaannya di sana.
B. Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
majmuk.
1. Mahesh terpijak kulit pisang.
Mahesh tersungkur ke lantai.
2. Semua murid bersetuju dengan cadangan itu.
Xue Hui tidak bersetuju dengan cadangan itu.
3. Kamu tidak mengikut kami?
Kamu hendak tinggal di sini?
4. Orang itu cacat penglihatan.
Orang itu pandai bermain beberapa alat muzik.
5. Beg galas itu sesuai untuk lelaki.
Beg galas ini sesuai untuk perempuan.
6. Kanak-kanak itu menangis.
Kanak-kanak itu disengat tebuan.
7. Ibu membuka tingkap.
Ibu mengejutkan abang.
8. Kamu hendak makan tengah hari di sini?
Kamu hendak makan tengah hari di restoran itu?
9. Kami menetap di rumah teres ini.
Kami berpindah ke Damansara.
10. Pihak polis yakin.
Penjenayah itu masih berada dikawasan yang disyaki.
11. Jia Hui membuuka almari.
Jia Hui mengambil baju seragam sekolahnya.
12. Kamu hendak bercuti di Pulau Pangkor?
Kamu hendak bercuti di Pulau Perhentian?
13. Rumah itu rumah Pak Cik Sulaiman.
Rumah itu cantik.
!4. Syakira memberitahu saya.
Dia tidak hadir ke majlis kesyukuran itu.
15. Malam semakin larut.
Ibu tidak dapat melelapkan mata.
Abang masih belum pulang.
16. Kami yakin.
Pasukan kami akan memenangi perlawanan itu.
17. Dia bekerja di sebuah syarikat perkapalan.
Dia memegang jawatan jurutera.
18. Buku rujukan itu tiada di rak ini.
Buku rujukan itu tiada di rak itu.
19. Kereta itu sudah agak kotor.
Kereta itu saya cuci.
20. Semua murid menghadiri kelas tambahan itu.
Haziq tidak menghadiri kelas tambahan itu.
Haziq tidak sihat.
21. Ketika ini cuaca sangat panas.
Air di empangan itu berkurangan.
22. Beliau sangat yakin.
Prestasi syarikat itu sangat meningkat.
23. Kuncilah pintu rumah.
Kamu pulang ke kampung pada cuti hari raya.
24. Kamus eletronik ini kecil.
Kamus eletronik ini mudah dibawa kemana-mana.
25. Dia meghadapi dugaan.
Dugaannya besar.
Dia kelihatan tenang.
2. Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah ini supaya menjadi dua ayat
tunggal.
1. Ayah tersenyum bangga kerana kakak telah tamat latihan perguruannya.
2. Makanlah ubat ini mengikut aturannya agar kamu cepat sembuh.
3. Semua murid menyiapkan tugasan ini kecuali Kamarul.
4. Amira pulang ke kampung apabila menerima berita tentang kematian
neneknya.
5. Jasa kedua-dua ibu bapa tidak akan saya lupakan selagi saya masih hidup.
6. Tiada bukti bahawa dia bersalah dalam kes ini.
7. Dompet yang berwarna hitam itu milik saya.
8. Dia tersenyum sendirian apabila terkenang akan peristiwa itu.
9. Saya berdoa agar kamu tiba di tempat itu dengan selamat.
10. Setelah menyedari kesilapannya, dia segera meminta maaf kepada saya.
11. Puan Hasnah berharap agar anaknya lulus dengan cemerlang dalam ujian
itu.
12. Esok atau lusa, mereka akan bertolak ke Kuantan untuk membantu
mangsa banjir.
13. Hanim membaca novel kegemarannya sementara menunggu hujan reda.
14. Para penonton bersurai setelah persembahan teater itu selesai.
15. Semenjak anak-anaknya bekerja, Pak Leman yang sudah tua tidak
mengusahakan kebunnya lagi.
16. Datuk Khairuddin yakin bahawa beliau akan menang dalam pilihanraya
akan datang.
17. Dia membuka pintu apabila mendengar ketukan.
18. Kami tidak dibenarkan menyertai lawatan sambil belajar itu selagi tidak
mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
19. Pihak polis mengesahkan bahawa lanun yang menawan kapal itu
mempunyai rangkaian di luar negara.
C. Ayat Susunan Biasa dan Ayat Susunan Songsang
1. Tukarkan ayat susunan biasa di bawah ini kepada ayat susunan
songsang tanpa mengubah maksudnya.
1. Semua pihak harus bersatu tenaga.
2. Kakak membeli rantai mutiara.
3. Adik amat sayang akan kucingnya.
4. Bangunan itu bangunan yang paling lama di daerah ini.
5. Kapal terbang ke Jeddah akan bertolak bila?
6. Semua tetamu sudah meninggalkan majlis itu.
7. Ayah saya menghadiahkan jam tangan itu.
8. Pemandangan di tepi pantai pada waktu senja indah nian.
9. Sepasang baju kurung sutera ini berapa?
10. Hiasan dalaman rumah Puan Aisah cantik betul.
11. Kamu pergi ke pekan itu dengan siapa?
12. Encik Amri usahawan yang berjaya di daerah ini.
13. Penunggang-penunggang motosikal itu berteduh di bawah jambatan.
14. Haikal akan melanjutkan pelajarannya ke luar negara.
15. Kasut bola berwarna merah ini kepunyaan adik saya.
16. Adik bongsu saya berumur enam tahun.
17. Mereka akan bermalam di sini?
18. Almari antik itu agak mahal harganya.
19. Anak kucing itu di dalam parit.
20. Lelaki yang berbaju melayu dan bersongkok itu siapa?
2. Tukarkan ayat susunan songsang di bawah ini kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksudnya.
1. Sedap betul kuih-muih di kedai ini.
2. Belum sampai lagi tetamu kehormat kita?
3. Yang tersimpan di dalam peti besi itu banyak barang berharga.
4. Sangat sibuk membungkus makanan para pekerja restoran itu.
5. Tersasar jauh dari gawang gol bola yang ditendang oleh Kamal.
6. Di sinilah saya menemukan rantai emas ini.
7. Masih cantik baju kebaya yang disimpan oleh ibu.
8. Luas sungguh ladang ternakan Encik Ramli.
9. Ke pasar atau ke pekan ibu kamu?
10. Mendapat sambutan hangat produk makanan ringan ini.
11. Sibuk betul lalu lintas di sini.
12. Berbincang dengan sungguh-sungguh mereka.
13. Mencandat sotong di laut Fairuz dan kawan-kawannya.
14. Murid baharukah budak lelaki yang berambut keriting itu?
15. Di Senawangkah rumah yang kamu beli itu?
16. Menawan hati pelancong persembahan dikir barat itu.
17. Agak sunyi dan gelap jalan ke Kampung Hulu.
18. Cendekiawan yang disegani Profesor Diraja Ungku Aziz.
19. Sedang berkubang di dalam sawah tiga ekor kerbau.
20. Belum cukup matang pokok-pokok kayu balak ini.
D. Subjek dan Predikat
Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat bagi setiap ayat di bawah ini.1. Ketiga-tiga orang murid itu pengawas sekolah.
2. Daripada Kak Julia hadiah perkahwinan ini.
3. Pada setiap hari Selasa rancangan ini disiarkan.
4. Wanita yang tinggi lampai itu kakak saya.
5. Kerana keletihan, dia tertidur di atas sofa.
No comments:
Post a Comment