Saturday, 19 December 2015

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2016






KESALAHAN PENGGUNAAN EJAAN

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

1. Aktiviti sukarela yang diadakan di balairaya itu akan dirasmikan oleh 
    Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan.

2. "Untuk berjaya dengan cemerlang kamu harus melipat-gandakan usaha 
   kamu," kata Cikgu Hamidi kepada murid-muridnya.

3. Walaupun dia tinggal berjauhan daripada keluarganya, dia tetap 
    menjalankan tanggung jawabnya sebagai anak.

4. Setiap warga negara harus menitikberatkan undang-undang yang telah 
    ditetapkan dalam sesebuah negara.

5. Sejak tadi saya memerhatikan tindak tanduk pemuda yang berambut 
    panjang itu lalu-lalang di kawasan ini.

6. Beberapa orang sukarelawan turut membantu kerja-kerja menebas semak-
    samun di kawasan pinggir hutan.

7. Anang akan bertolak ke Miri bersama-sama dengan keluarganya pada 
   tengahari esok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

8. Kempen anti merokok kurang berkesan kerana tidak dijalankan secara 
    menyeluruh dan serius oleh semua pihak.

9. Perajurit-perajurit tanahair yang gugur di medan perang tetap akan 
    dikenang sampai bila-bila.

10. Permohonan pindah milik tanah Encik Azmi tidak lulus kerana tanda 
     tangannya tidak serupa pada setiap helaian muka surat borang itu.

11. Pak Cik Adnan bertungkus-lumus bertani supaya anak-anaknya dapat 
     makan sayur-sayuran segar setiap hari.

12. Juru ulas sukan sedang membuat liputan secara langsung perlawanan hoki 
     antara pasukan Malaysia dengan pasukan Poland.

13. Kesesakan lalu-lintas di Lebuh Raya Utara-Selatan menyebabkan saya 
     sampai lewat ke pejabat.

14. Matahari terang benderang ketika Pak Cik Iwan pulang ke rumah sambil 
     membawa barang-barang dagangan.

15. Kekayaan negara kita yang melimpah ruah menyebabkan pendatang asing 
     berpusu-pusu datang ke sini.

16. Beliau merancang dan merangka pelbagai strateji bagi memastikan 
     kehidupan rakyat berada dalam keadaan yang terbaik.

17. Tuk Aki masih mampu tersenyum dan bergurau senda dengan cucu-
     cucunya walaupun dia sedang berduka cita.

18. Dia meletakkan stem pada sekeping poskad sebelum memasukkannya ke 
     dalam peti surat yang disediakan.

19. Ganesh merupakan juru bicara Persatuan Pencinta Alam yang petah 
     memperkatakan pelbagai maklumat berkaitan dengan persatuan.

20. Jenerasi kini berlumba-lumba untuk mempelajari teknologi terkini supaya 
     tidak dianggap ketinggalan zaman.

21. Mereka yang terpilih untuk mengikuti latihan teknikal dan vokesyenal di 
     institut kemahiran itu akan diumumkan kelak.

22. Media cetak yang meliputi penerbitan buku, majalah, dan akhbar 
     menghadapi saingan yang amat hebat daripada media eletronik.

23. "Buatlah apa-apa kerja yang berfaedah sementara kamu menunggu 
     keputusan peperiksaan," kata ibu kepaada ku.

24. Penduduk di sini akan berbincang untuk mengatasi sesuatu masaalah demi 
     ketenteraman bersama.

25. Penyanyi harus mempersembahkan hiburan dan tingkah laku yang terpuji 
     ketika berhadapan dengan odien.

26. Kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam akan mengambil 
     kira kegiatan ko-kurikulum.

27. Sebelum bertolak ke Kuala Lumpur, Jia Chen menelefon ayahnya supaya 
     menjemputnya di stesen keretapi.

28. Puan Fatimah terpaksa memanggil juruteknik untuk membaiki mesin basuh 
     otomatiknya yang rosak.

29. Ibunya yang menjalani dailisis mendapat bantuan daripada pusat zakat 
     bagi mmenanggung kos perubatannya.

30. Para peserta kem motivasi sedang khusyuk mendengar penerangan yang 
     diberikan oleh fasilitatur.

31. Syarat kelayakan minima yang diperlukan untuk melanjutkan pengajian di 
     institut itu ialah mendapat 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

32. Ketika melancong ke China, kami dibawa makan tengah hari di sebuah 
     restoren yang menyediakan masakan cina muslim.

33. Cheam June Wei mengukir sejarah dalam temasya Sukan Olimpik Remaja 
     apabila menyumbangkan emas pertama kontingen Malaysia dalam acara 
     badminton.

34. Gambar-gambar di Pulau Perhentian disusun dengan kemas dalam albam 
     yang baru dibelinya.

35. "Belilah barangan keluaran Malaysia kerana kualitinya setanding kualiti 
     barangan impot," kata Azhar kepada Li Wei.

36. Semasa berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Husna 
     mendapat atograf penulis novel terkenal.

37. Masih terdapat dua bilion penduduk dunia yang tidak memperoleh 
     kemudahan letrik kerana masalah kemiskinan.

38. Setiap orang perlu makan pelbagai jenis makanan pada kadar yang betul 
     agar mendapat nuterien yang diperlukan.

39. Dalam bidang perubatan, kaedah pembedahan konvensyenal tidak 
     digemari oleh pesakit kerana lukanya besar dan meninggalkan kesan 
     parut.

40. Pelancong asing menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang unik 
     kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai ethnik.

41. "Kamu harus fokas pada pelajaran, tambahan pula peperiksaan akhir 
     tahun akan menjelang," kata ayah kepada Izzul.

42. Kami masih dapat berkomunikasi dengan baik walaupun kami 
     menggunakan dailek negeri masing-masing.

43. Jangan lupa untuk mengambil reset selepas kamu membuat pembayaran 
     di kaunter.

44. Pengetua sekolah memanggil ustaz untuk mengubati murid-murid 
     perempuan yang diserang histiria.

45. Pameran Perabut Antarabangsa yang diadakan setiap tahun mendapat 
     sambutan hangat daripada orang ramai.

46. Pihak polis berjaya menangkap dua orang perompak yang bersenjatakan 
     pistul itu.

47. Kakak saya menghabiskan cuti semester untuk menyiapkan tisisnya 
     sebelum menamatkan pengajiannya.

48. "Sejak remaja lagi saya bercita-cita untuk menjelajah ke seluruh pelusuk 
     negara," kata Chee Ming kepada kawannya. 

49. Biasanya waktu bekerja operatur pengeluaran tidak menentu kerana 
     mereka dikehendaki bekerja mengikut syif. 

50. Murid itu diminta untuk berjumpa dengan kaunselur bagi membincangkan 
     masalah disiplin yang dikenakan terhadapnya.

51. Kemalangan jalan rayayang meragut nyawa tiga orang anggota keluarga 
     saya merupakan trajidi yang tidak dapat saya lupakan. 

52. Sebagai persiapan menduduki ujian PT3, saya sudah mendaftar untuk 
     beberapa sabjek penting di pusat tuisyen itu.

53. Selain mendapat gaji sebanyak RM1800, pihak syarikat akan memberikan 
     bonos sebanyak dua bulan gaji pada setiap akhir tahun.

54. Ayah terpaksa memberhentikan kereta di bahu jalan apabila injin 
     keretanya berasap kerana terlalu panas.

55. Pelakon Komidi Terbaik merupakan anugerah yang pernah dipertandingkan 
     dalam Festival Filem Malaysia.

56. Kamu harus berhati-hati dengan lelaki yang berkelakuan anih dan selalu 
     mundar-mandir di hadapan klinik itu.

57. Peserta-peserta acara 100 meter memulakan larian sebaik-baik sahaja 
     pengadil meniup wisil.

58. Barang kemas ini mahal harganya kerana dibuat daripada emas tulin dan 
     rekaannya yang cantik.

59. "Semua calun tidak dibenarkan keluar dari dewan lima minit sebelum 
     peperiksaan tamat," kata pengawas peperiksaan itu.

60. Razif berasa tertipu apabila jeket kulit yang baru dibelinya bulan lalu 
     luntur warnanya apabila dicuci.

61. Buah-buhan itu diawit terlebih dahulu sebelum dipasarkan supaya lebih 
     tahan lama.

62. Kadar glukus yang berlebihan sering dikaitkan dengan masalah penyakit 
     kencing manis atau diabetes.

63. Sudah lima tahun Pak Leman hidup sebatang kara sejak isteri dan anaknya 
     meninggal dunia.

64. Anak lelaki tunggal Pak Nordin bekerja di sebuah syarikat petrolium 
     terkenal di ibu negara.

65. Kontraktur binaan itu dipecat kerana sering curi tulang ketika bekerja.

66. Puan Jasmin kagit apabila beg tangan yang disandang pada bahunya tiba-
     tiba disentap oleh pencopet.

67. Kanak-kanak itu berjalan terkedik-kedik menuju ke arah ibunya yang 
     sedang memanggil-manggil namanya.

68. Sejak merantau ke negara orang, hidupnya tersiksa kerana tidak 
     mempunyai pekerjaan tetap.

69. Pekerja-pekerja itu sedang memperindah taman rekreasi dengan 
     memangkas pokok-pokok renik dan menanam pokok-pokok bunga.

70. Setelah menempoh pelbagai rintangan, akhirnya peserta-peserta ekspedisi 
     itu sampai di Gua Hitam.

71. Gulungan remaja hari ini tidak berminat untuk menyertai bidang pertanian 
     walaupun berbagai-bagai insentif ditawarkan.

72. Pihak kontraktor akan membuat lencungan jalan bagi memudahkan kerja-
     kerja membaiki jalan yang rosak.

73. "Janganlah marah, saya hanya berseluruh sahaja," Asraf cuba memujuk 
     rakannya yang sudah tergores hatinya.

74. Segala penat lelahnya untuk mengusahakan kebun bapanya selama ini 
     telah menelorkan hasil yang memuaskan.

75. Cikgu Manjit meminta Kok Lin dan Saiful mengambil cangkul, pencakar, 
     dan pongkis di dalam bilik stor.

76. Kereta abang kemek pada bahagian depannya apabila dia terlanggar 
     pokok dukong.

77. Nora geli hati mendengar celotih anak saudaranya yang berusia tiga tahun 
     itu.

78. Pencuri itu berjalan terjengkit-jengkit masuk ke dalam bilik untuk mencuri 
     barang-barang yang berharga.

79. Warna tudung Kamalia yang berwarna biru laut sangat cucuk dengan 
     warna baju kurung yang dipakainya.

80. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa melawat ke 
     bilik pameran.

81. Para nelayan dinasihati agar tidak turun ke laut pada musim tengkujoh 
     kerana angin bertiup kencang dan laut bergelora.

82. Rohani yang suka akan kanak-kanak mengagah-agah bayi comel itu sambil 
     mencuit pipi mongilnya.

83. Datuk tidak lupa menyiram pokok-pokok beteknya pada setiap petang 
     supaya senantiasa subur.

84. Azmi berasa marah apabila tidornya diganggu oleh bunyi ketukan yang 
     bertalu-talu itu.

85. Zaleha tidak pernah mempedulikan ejekan rakan-rakannya yang menggelar 
     dirinya gemok.

86. Kanak-kanak yang tepok itu bertepok tangan apabila ibunya membawa 
     pulang kereta mainan yang baharu.

87. Mak Limah amat mengasehi anak angkatnya yang dibela sejak kecil itu.

88. Abang lewat ke sekolah kerana terpaksa mengepam tayar basikalnya yang 
     sudah kempes.

89. Puan Atikah meleteri anak-anaknya kerana mereka berkejar-kejaran di 
     dapor.



































2 comments: