PERHATIAN!!!
Laman blog ini diterbitkan untuk kegunaan pembelajaran di dalam kelas sahaja tetapi bukan untuk tatapan umum.
Setiap soalan latihan yang terdapat dalam laman blog ini akan dibincangkan ketika kelas berjalan.
Saya berharap agar para pelajar komited dan bersedia untuk memahami segala perkara yang saya ajarkan supaya kamu mahir menjawab soalan-soalan berformat peperiksaan yang disediakan.
Cikgu Rashid
Teman anda sepanjang masa.

PENULISAN
Membina Ulasan
Gambar di bawah menunjukkan aktiviti penerokaan hutan.
Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
- mengawal aktiviti penerokaan hutan
- menanam pokok semula
- mengambil tindakan tegas
- menanam pokok semula
- mengambil tindakan tegas
Teknik menjawab
Pembukaan
- penerokaan hutan secara berleluasa - menjejaskan ekosistem alam
A. Isi tersurat 1
Mengawal aktiviti penerokaan hutan atau pembalakan
Isi tersirat 1
Mengekalkan habitat semula jadi flora dan fauna
B. Isi tersurat 2
Menanam pokok semula
Isi tersirat 2
Mengelakkan kepupusan hutan daripada terus berlaku.
C. Isi tersurat 3
Mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab - meneroka
hutan secara haram.
Isi tersirat 3
Penerokaan hutan secara haram dapat dikawal - mengelakkan kemusnahan hutan dan
bencana alam
Penutup
Semua pihak bertanggung jawab menjaga kelestarian hutan - semua hidupan di muka bumi.
Contoh Ulasan
Aktiviti penerokaan hutan dan pembalakan haram yang berleluasa di negara kita akan menjejaskan ekosistem alam. Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk membanteras gejala ini, sebelum nasi menjadi bubur. Antaranya ialah mengawal aktiviti penerokaan hutan dan pembalakan untuk mengekalkan habitat semula jadi flora dan fauna. Selain itu, menanam pokok semula perlu dilakukan untuk mengelakkan kepupusan hutan daripada terus berlaku. Di samping itu, kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dengan meneroka hutan secara haram. Dengan cara ini penerokaan hutan secara haram dapat dikawal bagi mengelakkan kemusnahan pokok dan bencana alam. Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab menjaga kelastarian hutan yang sangat berharga kepada semua hidupan di muka bumi ini.
Latihan 1
Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang diberi dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Latihan 2
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete?¿
ReplyDeleteLatihan yang terperinci
ReplyDeleteLatihan yang terperinci
ReplyDelete