Thursday 24 December 2015







KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul dalam ruangan yang disediakan.

1. Lain-lain masalah yang berkaitan dengan projek ini akan kita bincangkan 
   dalam mesyuarat yang akan datang.

2. Mereka-mereka yang tidak membayar denda pada tarikh yang ditetapkan 
   akan dikenakan tindakan yang lebih tegas.

3. "Baju-baju yang dijual di butik ini cantik-cantik tetapi harganya agak mahal 
    untuk saya beli," kata Yi Min kepada Jenny.

4. Bunyi dentuman yang kuat itu kami turut dengar ketika kami sedang 
    membeli barang di rumah kedai itu.

5. Puan Hartini amat kesal layanan yang diberikan oleh pembantu kedai itu 
    ketika dia membeli-belah di situ.

6. Pokok bunga mawar yang kakak saya tanam itu hidup subur dan bunga-
   bunganya berkembang mekar.

7. Walaupun rumah yang didudukinya beratapkan dengan zink, dia masih 
   tetap bersyukur kerana mempunyai tempat berteduh.

8. Kunjungan kami ke pameran kraf tangan itu memberi kami peluang 
    mengenal pelbagai corak kain tenun songket.

9. Remaja tidak menyukai akan sikap ibu bapa yang terlalu mengongkong 
    kebebasan mereka dalam melakukan sesuatu perkara.

10. Kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal mencatat 
     peratusan yang paling tinggi sekali berbanding dengan bas dan kereta.

11. Kain sutera batik yang dicanting dengan begitu halus itu amat dikagumi 
     oleh pelawat dari England.

12. Pelajar baharu itu meminjam buku-buku rujukan undang-undang yang 
     tebal-tebal untuk menyimpan kertas kerjanya.

13. Majlis Rumah Terbuka diadakan saban tahun demi untuk 
     mengeratkan hubungan antara kaum.

14. Ikan kari yang dijual di Restoran Ameer Eshan amat digemari oleh 
     pelanggan-pelanggannya baik yang tua mahupun yang muda.

15. "Rakit yang datuk saya buat itu menggunakan buluh-buluh yang 
     diambilnya dari dalam hutan," kata Amri kepada Ganesan.

16. Borang permohonan kerja itu mempunyai paling banyak sekali ruang 
     kosong yang perlu diisi oleh pemohon.

17. Meskipun kipas angin sudah dipasang, namun suhu dalam bilik terasa 
     panas hawanya.

18. Banyak pepohon kelapa yang sudah tua di tepi pantai itu tumbang akibat 
     ditiup angin kencang petang semalam.

19. Akhirnya tercapai juga hasrat anak saya untuk bertemu Hajah Rahmah, 
     kawan lamanya.

20. Peserta ekspedisi itu menceritakan tentang pengalamannya menempuh 
     peristiwa aneh sepanjang ekspedisi ke Gunung Ledang.

21. Beberapa trofi-trofi yang belum diberikan kepada pemenang-pemenang 
     pada majlis itu akan disimpan oleh pihak penganjur.

22. Dialah murid yang terpandai sekali dalam mata pelajaran Sains dalam 
     tingkatan tiga walaupun dia kerap ponteng sekolah.

23. Wang seratus ringgit yang ayah beri itu akan saya gunakan untuk membeli 
     buku-buku rujukan.

24. Sejak dari minggu lepas, Puan Noraini menunggu kepulangan anak 
     perempuannya dari luar negara dengan sabar.

25. "Dengan lain-lain kata, perkara ini akan dibawa ke pengetahuan pihak 
     atasan tidak lama lagi," kata Fadil.

26. Setiap warganegara harus menggunakan bahasa Malaysia di dalam 
     pergaulan mereka sehari-hari.

27. Munirah memberitahu saya bahawa dia kenal lelaki yang telah melanggar 
     kereta kakak saya pagi tadi.

28. Semua barang tembaga ini perlu dikeluarkan oleh kamu dari almari kaca 
     ini dan kamu gilap hingga berkilat.

29. Banyak orang di jabatan ini yang sukakan pegawai yang prihatin dan 
     peramah itu.

30. Datuk menceritakan tentang penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-
     mangsa banjir ketika banjir besar tahun lalu.

31. Urusan jual beli hartanah tersebut mereka perlu selesaikan secepat 
     mungkin kerana Encik Chan akan berhijrah ke luar negara.

32. Semasa perkhemahan itu, kami bertiga tidur beralaskan surat khabar dan 
     berbantalkan dengan lengan.

33. "Budak-budak lelaki di simpang jalan itu selalu menunggu kamu," kata 
     Atiqah dan adiknya kepada ayah.

34. "Semua kerja rumah yang ibu suruh perlu kaubuat sebelum ibu pulang," 
     kata Sarinah kepada adiknya.

35. Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas layanan mesra yang 
     diberikan sepanjang kami berada di sini.

36. Pada majlis ulang tahun kelahiran baginda, rakyat dijemput untuk sama-
     sama meraikannya di balai penghadapan istana.

37. Bunyi kokokan ayam di waktu pagi mengejutkan saya daripada tidur.

38. "Kita tidak dapat menarik tali yang tersangkut pada dahan pokok itu," 
     kata Aiman setelah diminta oleh ayahnya menarik tali itu bersama dengan 
     abangnya.

39. Inang pengasuh meminta dayang-dayang menyediakan makanan yang 
     enak-enak untuk hidangan tuan puteri.

40. Peti kayu di sudut bilik itu tidak dapat diangkat oleh saya kerana berat 
     sungguh.

41. Dari masa ke semasa, ibu bapa harus memantau aktiviti yang dilakukan 
     oleh anak-anak di luar rumah.

42. Barang-barang untuk majlis kesyukuran yang dipesan oleh ibu sudah dibeli 
     oleh saya.

43. Baginda sultan bersetuju untuk mengurniakan pingat kebesaran kepada 
     pemimpin-pemimpin yang berjasa kepada negara.

44. "Selagi kamu mampu, bantulah mereka-mereka yang kurang bernasib 
     baik," kata ibu kepada abang.

45. Perompak yang memecah masuk ke rumah Encik Lim berjaya ditangkap 
     oleh pihak polis hasil maklumat dari orang ramai.

46. Beliau sudah memaklumkan kepada pihak pengurusan yang beliau akan 
     bersara pada bulan depan.

47. Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah dilantik sebagai sultan 
     Johor kelima. 

48. "Semua barang perhiasan ini hendaklah disusun oleh awak di atas rak di 
     hujung sana," kata Puan Salma kepada pembantu rumahnya.

49. Puan Jamaliah memakai baju kebaya berwarna kebiru-biruan ketika 
     menghadirkan majlis makan malam.

50. "Semasa terlantar sakit akibat demam denggi, saya tidak terdaya untuk 
     berbuat apa-apa," Rohani menceritakan keadaannya kepada Divya.
     












No comments:

Post a Comment