PERKARA-PERKARA YANG ANDA PELAJARI PADA HARI INI - PELAJAR PT3 SESI PAGI DAN PETANG.
A. Pisahkan ayat majmuk di bawah ini supaya menjadi dua ayat tunggal yang gramatis.
1. Pokok-pokok ditanam di kawasan taman itu bagi memperindah persekitaran taman tersebut.
Pokok-pokok ditanam di kawasan taman itu.
Pokok-pokok memperindah kawasan taman tersebut.
2. Adik berjaya memenangi pertandingan kuiz itu lalu melompat-lompat kerana kegembiraan.
Adik berjaya memenangi pertandingan kuiz itu.
Adik melompat-lompat kegembiraan.
3. Kereta yang berwarna hitam itu milik abang ipar
saya.
Kereta itu berwarna hitam.
Kereta itu milik abang ipar saya.
4. Soalan Matematik yang amat sukar itu susah untuk dijawab oleh para pelajar Tingkatan 3 Melati.
Soalan Matematik itu amat sukar.
Soalan Matematik itu susah dijawab oleh para pelajar Tingkatan 3 Melati.
5. Ibu sedang memasak makanan manakala kakak membantu ibu menyediakan bahan masakan.
6. Walaupun hari panas terik, buruh binaan itu tetap bekerja di tapak pembinaan.
Hari panas terik.
Buruh binaan itu tetap bekerja di tapak pembinaan.
7. Kakak sedang mendengar radio sambil membaca majalah.
Kakak sedang mendengar radio.
Kakak sedang membaca majalah.
8. Salina memberitahu guru panasihat rumah sukannya bahawa dia tidak dapat menjalani latihan sukan.
Salina memberitahu guru penasihat rumah sukannya.
Dia tidak dapat menjalani latihan sukan.
9. Haziq tidak dibenarkan bermain bola oleh ibunya selagi kerja rumahnya tidak disiapkan.
Haziq tidak dibenarkan bermain bola oleh ibunya.
Kerja rumah Haziq tidak disiapkan.
10. Jika ada kelapangan saya akan ke rumah nenek di kampung.
11. Mereka bekerja keras supaya projek mega itu berjaya.
Mereka bekerja keras.
Projek mega itu berjaya.
12. Semua rakyat Malaysia berdoa agar pesawat MH370 dapat ditemukan.
Semua rakyat Malaysia berdoa.
Pesawat MH370 dapat ditemukan.
13. Saya sangat yakin bahawa pemimpin itu tidak bersalah dalam hal tersebut.
Saya sangat yakin.
Pemimpin itu tidak bersalah dalam hal tersebut.
14. Pemain itu menjaringkan gol lalu menari-nari kerana kegembiraan.
Pemain itu menjaringkan gol.
Pemain itu menari-nari kegembiraan.
15. Benteng dibina di kawasan itu bagi menghalang hakisan ombak.
Benteng dibina di kawasan itu.
Benteng menghalang hakisan ombak.
B. Betulkan kesalahan yang terdapat dalam frasa-frasa di bawah ini.
1. kebanyakan murid-murid
kebanyakan murid
2. senarai harga barang-barang
senarai harga barang
3. semua pekerja-pekerja
semua pekerja
4. antara punca-punca masalah ini
antara punca masalah ini
5. banyak gadis-gadis
banyak gadis
6. koleksi setem-setem
koleksi setem
7. tiap-tiap rumah-rumah
tiap-tiap rumah
8. dua ekor ayam-ayam
dua ekor ayam
9. banyak layang-layang berterbangan
banyak layang-layang terbang
10. menumbuk-numbuk kepalanya berkali-kali
menumbuk-numbuk kepalanya
menumbuk kepalanya berkali-kali
11. ketiga-tiga orang perompak-perompak
ketiga-tiga orang perompak
12. berpuluh-puluh buah rumah-rumah
berpuluh-puluh buah rumah
13. lampu-lampu berkelip-kelipan
lampu-lampu berkelip
lampu berkelipan
14. bendera-bendera berwarna-warni berkibaran
bendera berwarna-warni berkibaran
15. lauk-pauk itu sedap-sedap belaka
lauk-pauk itu sedap
lauk itu sedap-sedap
16. bintang-bintang bertaburan di langit
bintang bertaburan di langit
17. timbunan sampah sarap
timbunan sampah
18. longgokan daun-daun
longgokan daun
19. sekumpulan pelatih-pelatih
sekumpulan pelatih
20. deretan rumah-rumah kedai
deretan rumah kedai
21. pengumpulan buku-buku lama
pengumpulan buku lama
22. cantik-cantik semuanya
cantik semuanya
23. seluruh kawasan-kawasan
seluruh kawasan
24. kesemua pokok-pokok
kesemua pokok
25. setiap jalan-jalan
setiap jalan
26. sesetengah guru-guru
sesetengah guru
27. setengah dari kek itu
setengah daripada kek itu
28. segala janji-janjinya kosong-kosong belaka
segala janjinya kosong belaka
29. di serata kawasan-kawasan
di serata kawasan
30. sepasukan askar-askar
sepasukan askar
31. para pelukis-pelukis
para pelukis
32. para-para tetamu
para tetamu
PERIBAHASA
A. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan gambar tersebut, tulis satu peribahasa yang sesuai.
1.
.......................................................................
2.
kuah
.....................................................................
MARI KITA MENGENALI FRASA KERJA PASIF
1. Kata kerja pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
Contohnya;
a. kuambil
b. saya baca
c. awak lakukan
d. kalian ulangi
e. kauambilkan
f. aku kenali
g. kamu buang
Boleh diluaskan dengan kata bantu seperti;
a. telah kuambil
b. akan saya baca
c. sudah awak lakukan
d. telah kalian ulangi
e. belum kauambilkan
f. telah aku kenali
g. sudah kamu buang
Contoh penggunaannya dalam ayat;
a. Hadiah itu akan kuambil.
b. Buku cerita itu akan saya baca.
c. Perbuatan itu sudah awak lakukan.
2. Frasa kerja pasif dengan kata ganti nama diri ketiga atau kata nama.
Contohnya;
a. diambil oleh Arif
b. dibawa olehnya
c. dimakan oleh mereka
d. dibersihkan oleh pihak Majlis Daerah Kulai
e. dirasmikan oleh baginda
f. disiram oleh ibu
g. dijayakan oleh beliau
MARI KITA MENGENALI FRASA KERJA AKTIF
CONTOHNYA;
a. menyuarakan cadangan
b. menyediakan hidangan
c. saya sangat mengagumi
d. menimbus beberapa buah bangunan
e. membaca buku cerita
f. mengibarkan Jalur Gemilang
g. melaksanakan tugas
h. melawat ke beberapa tempat
Latihan
A. Tukar ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif
1. Kami akan menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap projek itu melalui surat rasmi.
2. Ibu menyediakan hidangan makan malam yang istimewa sempena kepulangan abang dari luar negara.
3. Cikgu Kartini menghakimi pertandingan bahas itu dengan penuh teliti.
4. Perancang perkahwinan itu telah menyediakan pelbagai pakej yang menarik untuk bakal pengantin.
5. Saya sangat mengagumi kehebatan suara penyanyi wanita kelahiran negeri Johor itu.
B. Tukar ayat-ayat pasif di bawah ini kepada ayat-ayat aktif.
1. Tingkap ruang tamu itu dilapnya setiap minggu.
2. Cincin itu mesti kaucari sampai dapat.
3. Bungkusan itu dihantar oleh Jali ke rumah Selvam.
4. Basikal itu kubeli untuk adik kecilku.
5. Sungai Skudai akan diperbesar dan diperdalam oleh kerajaan.
6. Sanusi telah dilantik oleh mereka sebagai ketua kumpulan.
7. Tugas ini telah tuan jalankan dengan cemerlang.
8. Pengeluaran beras diberhentikan oleh kilang itu untuk sementara waktu.
9. Mesin cetak itu telah dibaiki oleh juruteknik semalam.
10. Tanah runtuh itu disebabkan oleh hakisan hujan yang berterusan.
Wahai, abang-abang dan kakak-kakakku belajarlah rajin-rajin ya! Jangan jadi macam aku ini, mukaku dahlah comot, apa-apapun aku tak tahu...hanya tahu makan dan miau-miau sahaja.
SOALAN-SOALAN TERPILIH
A. KESALAHAN BAHASA
1. Hubungan diplomasi antara negara ASEAN dapat diperkukuh melalui penganjuran persidangan tersebut.
2. Pertemuan singkat di antara Salimah dengan guru disiplin sekolahnya menjadi tanda tanya kepada rakan-rakannya.
3. Ketika bertemu dengan Mastura di perhentian bas kelmarin, dia ada bertanyakan tentang khabar ibu Shamsiah.
4. Daging ayam yang dijual di pasar raya itu sangat istimewa kerana diperam dengan rempah-ratus yang berkualiti.
5. Lembu-lembu yang dipelihara oleh Pak Sukri itu gemuk-gemuk belaka.
6. Ketika bersiar-siar di taman permainan, Shalini agak terkejut apabila melihat asap berketul-ketul ke udara dari kawasan perumahan itu.
B. KESALAHAN EJAAN
1. Pogram Bulan Bahasa yang diadakan di sekolah saya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar.
2. Ketidak hadiran guru Bahasa Melayu itu secara berterusan telah menimbulkan prasangka negatif dalam kalangan pelajarnya.
3. Pelajar yang mengalami ceret-beret dan demam itu telah dihantar ke hospital oleh guru yang bertugas pada hari tersebut.
4. Pak Abu Bakar telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap penyakit bawasir.
5. Slogan "Malaysia Boleh" sering diwar-warkan oleh pemimpin negara untuk meyakinkan rakyat bahawa negara kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain.
6. Sebagai pelajar, kita tidak seharusnya bersikap pemalas dan bermulut celupar terhadap ibu bapa dan guru kita.
7. Untuk memelihara kesihatan, kita hendaklah mengamalkan daiet seimbang dan bersenam secara tekal.
8. Ketiga-tiga orang adik Shamugam berambut kerinting seperti rambut ibu mereka.
TENTUTKAN SAMA ADA AYAT DAN FRASA DI BAWAH INI BETUL ATAU SALAH
1. menghadiahi adik sepasang kasut
2. adik dihadiahkan sepasang kasut oleh ayah
3. menghadiahkan sebentuk cincin kepada kakak
4. kakak dihadiahkan oleh tunangnya sebentuk cincin
5. membeli perabot baru
6. membacakan nenek surat
7. bertemu dengan teman lamanya
8. menemui dompet yang hilang itu
9. berhampiran sungai
10. berdasar pada fakta
11. berlandaskan dengan hukum agama
12. melancong ke Jepun
13. bercerita tentang kisah pada zaman Jepun
14. memandikan adik di kolam
15. dianugerahi pingat kebesaran
16. dianugerahkan oleh sultan pingat kebesaran
17. menasihatkan para pelajar
18. hujan membasahkan bumi
19. memagari rumahnya dengan buluh
20. buluh memagari rumahnya
21. menghidangkan makanan kepada tetamu
22. memberitahu perkara itu kepada ibunya
23. memberitahu ibunya tentang perkara itu
24. tanah mengotori bajunya
25. akan saya membersihkan tempat itu
26. nenek berasa masakannya itu
27. berasa sangat malu untuk tampil ke hadapan
28. Ibu mengemas bilik adik.
29. memberi rumput kepada lembu
30. mengajar Bahasa Melayu kepada murid-murid
31. memberikan wang kepada juruwang itu
32. dibelikan oleh ayah sebuah basikal
Latihan 1
Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan situasi di bawah ini.
1. Para penonton tertawa berdekah-dekah apabila melihat telatah pelawak itu.
2. Perangai Baharuddin anih sedikit, sekejap dia tertawa sekejap dia menangis.
3. Makanlah kuih-muih dahulu supaya tidak berasa lapar kerana makanan yang dipesan belum siap lagi.
4. Penghulu akan mengatur pertemuan untuk menyelesaikan masalah perselisihan faham antara mereka.
5. Rahim dan adiknya kehilangan tempat bergantung sejak kematian ibu bapa mereka.
6. Pak Dolah ingin membina sebuah rumah banglo tetapi dia telah meninggal dunia sebelum berbuat demikian.
7. Encik Abu menerima RM100 000 daripada syarikat insuran apabila dia menjadi cacat dalam kemalangan itu.
8. Arifin dan Suzie tidak bertegur sapa lagi sejak mereka bergaduh tempoh hari.
9. Dia berjimat ketika berbelanja sejak dia kehilangan pekerjaannya.
10. Pengurus kilang tidak akan mengubah keputusannya untuk memecat pekerja itu.
Jawapan
1. geli hati
2. ada angin - gila bahasa
3. alas perut
4. bawa bersemuka
5. patah kandar
6. mati celik
7. ganti rugi
8. bermasam muka
9. ikat perut
10. bulat fikiran
Latihan 2
Nyatakan peribahasa yang paling sesuai berdasarkan ayat-ayat di bawah ini.
1. Setelah bekerja selama sepuluh tahun di Jepun, Iwan ingin pulang ke Malaysia dan tidak bercadang hendak ke Jepun lagi.
2. Segelintir penduduk tempatan menjadi pengintip Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
3. Pencuri itu berlari pantas apabila dikejar oleh penduduk kampung.
4. Pencuri itu amat licik tetapi akhirnya dia dapat ditangkap oleh pihak polis juga.
5. Talib bergaduh dengan abangnya tentang pembahagian harta tetapi mereka akhirnya berbaik-baik semula.
6. Walaupun sudah bekerja sepuluh tahun, Halim tidak dapat membina kerjaya kerana dia asyik bertukar pekerjaan.
7. Tiada gunanya dia memberikan barang itu kepada Johar kerana dia tidak tahu menghargainya.
8. Puan Halimah berasa amat dukacita apabila mengetahui bahawa suaminya terbunuh dalam kemalangan itu.
9. Kalau hendak mengajar anak tentang disiplin, biarlah diajar sejak kecil lagi.
10. Nazrin kacak dan isterinya pula cantik. Mereka memang secocok.
Jawapan
1. Seperti ikan pulang ke lubuk
2. Seperti gunting dalam lipatan
3. bagai kumbang putus tali
4. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
5. Air dicencang, tiada putus
6. Batu yang bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut
7. Seperti kera mendapat bunga
8. Seperti kaca jatuh ke batu
9. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
10. Bagai pinang dibelah dua
Latihan 3
1. Apabila Ramlah berjaya menjadi doktor, dia lupa akan ibu bapanya yang telah membiayai kos pengajiannya.
2. "Kalau hendak mengecat pagar itu, catlah keseluruhannya, bukan separuh sahaja," kata Pak Jamal kepada anaknya.
3. Dalam pertandingan akhir catur itu, Ahmad berhadapan dengan lawan yang sama handal dengannya.
4. "Kalau kamu benar-benar mahu meneruskan pelajaran ke universiti, ayah akan berusaha untuk membiayai kos pengajian itu," kata Encik Lim kepada anaknya.
5. Tukang kebun itu hanya melakukan kerjanya apabila disuruh oleh majikannya.
6. Penduduk yang tinggal di pedalaman itu tidak tahu tentang perkembangan semasa di kawasan itu.
7. Kasih sayang Helmi terhadap isterinya sudah semakin pudar walaupun baru dua tahun mereka berkahwin.
8. Perletakan jawatan jurulatih hoki itu suatu kerugian kepada pasukan Malaysia tetapi penggantinya juga jurulatih yang terkenal.
9. Oleh sebab prestasinya semakin merosot, ada kemungkinan pemain badminton itu tidak akan terpilih untuk mewakili pasukan negara.
10. Rahim dan Hamdan berjanji akan sama-sama menangani masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat mereka.
1. ISNIN BERSAMAAN 11 MEI 2015
A. MEMBETULKAN KESALAHAN EJAAN
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul dalam buku tulis kamu.
a) Delila sedang mengikuti pengajian peringkat pra-universiti di luar negara. - prauniversiti
b) Para penonton sedang menyaksikan pertunjukkan
makyung di Panggung Sari, Istana Budaya.
- Makyung
c) Banyak orang mengunjungi pasaraya itu yang sedang mengadakan jualan akhir tahun.
- pasar raya
d) Kamu bumi putra di Sabah dan Sarawak turut menikmati projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. - bumiputera
e) Encik Zahari merupakan salah seorang kaki tangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- kakitangan
f) Adik berasa sungguh gembira kerana berpeluang menaiki keretapi mini di taman tema itu.
- kereta api
g) Banyak pelancong berkunjung ke Tasik Chini kerana tertarik oleh lajenda kemunculan naga di tasik itu. - lagenda
h) Penuntut di kolej matrikulasi itu sedang mengikuti sessi suai kenal di dewan utama. - sesi
i) Para atlit negara yang merangkul pingat dalam Sukan Asia di Kanada itu menerima bonus daripada pihak kerajaan. - atlet
B. ULASAN - Memindahkan maklumat
Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
2. SABTU BERSAMAAN 25 APRIL 2015 SESI PAGI DAN PETANG.
1. Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis satu peribahasa yang sesuai.
Cangkul angin
1. ...........................................................................................
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
2. ............................................................................................
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak
3................................................................................................
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
4................................................................................................
1. Malu berdayung perahu hanyut 2. Pendayung sudah ditangan, perahu
sudah di air.
5. .....................................................................................................
Sediakan payung sebelum hujan
6........................................................................................................
2. Kesalahan tatabahasa
(a) "Kita tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mangsa
kerana api marak terlalu cepat," kata Pak Halim kepada wartawan itu.
- Saya
(b) Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu telah
dirobohkan oleh pihak berkuasa untuk tujuan projek pembangunan.
- beberapa buah rumah setinggan
(c) "Titah tuanku akan patik junjung," kata temenggung kepada baginda
sultan. - sembah
(d) "Beta berharap agar rakyat dapat bersatu padu demi keharmonian dan
keamanan negara kita," kata Sultan Johor. - titah
3. Kesalahan ejaan
(a) Pihak polis sudah mengenalpasti beberapa orang suspek yang terlibat
dalam kes rompakan bank yang berlaku pada minggu lepas.
- mengenal pasti
(b) Abang membelikan saya kain pelikat ketika melancong di India.
- pelekat
(c) Cikgu Samad sedang menganalisa soalan-soalan PT3 Bahasa Melayu
tahun-tahun yang lepas untuk membuat jangkaan soalan yang bakal
keluar pada tahun ini. - menganalisis
(d) Kaki Muhamad terpelecuk akibat terjatuh ke dalam lubang ketika dia
menyertai aktiviti perkhemahan pada minggu lepas.
- terpelecok
2. SABTU BERSAMAAN 2 MEI 2015 - SESI PAGI DAN PETANG.
1.MENGENAL SUBJEK DAN PREDIKAT DALAM AYAT
SUBJEK
- ialah watak, pelaku atau benda utama.
- terdiri daripada Kata Nama (Frasa Nama)
contoh:
1. Kedai itu terbakar.
2. Ali belajar di perpustakaan.
3. Kanak-kanak yang sedang menunggang basikal itu adik saya.
- sebelum sedang: semua frasa atau perkataan ialah subjek
contoh:
1. James dan Vincent (subjek) sedang bermain di padang.
2. Perempuan cantik itu (subjek) sedang menyanyi di atas pentas.
3. Bapa (subjek) sedang memandu keretanya ke pejabat.
PREDIKAT
- ialah cerita mengenai watak, pelaku atau benda utama.
contoh;
1. Kedai itu terbakar.
2. Ali belajar di perpustakaan.
3. Kanak-kanak yang sedang menunggang basikal itu adik
saya.
- selepas itu atau ini: semua frasa atau perkataan ialah
predikat.
contoh:
1. Pak Abu dan isterinya tinggal di Melaka. (predikat)
2. Rumah yang berwarna putih itu kepunyaan saya.
(predikat)
3. Ketiga-tiga orang budak yang berbangsa cina itu
besahabat baik. (predikat)
LATIHAN
Tentukan bahagian subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah ini.
Frasa yang berwarna biru subjek manakala yang berwarna hitam predikat.
1. Para penonton kelihatan terbuai semasa mendengar
persembahan nyanyian daripada artis tersebut.
2. Pekedai itu ditahan oleh pihak berkuasa kerana tidak
meletakkan tanda harga pada barang jualannya.
3. Kami berpakat untuk meraikan hari ulang tahun
perkahwinan Cikgu Sariza pada petang ini.
4. Berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara
lempar cakera atlet itu.
5. Telah membeli kereta yang baharu bapa Hisyam.
6. Peserta Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Megah
Ria akan mara ke peringkat akhir pertandingan syarahan.
7. Pokok mangga di belakang rumah datuk saya sudah
ditebang oleh ayah.
8. Gopal menjawat jawatan sebagai setiausaha dalam
Persatuan Bahasa Melayu.
9. Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang terbilang di
Malaysia.
10. Mak Siti mengajak anaknya ke pasar tani.
11. Budak yang berbaju merah dan berbadan gempal itu
ialah anak kesayangan saya.
12. Suasana meriah musim menuai menjadi kenangan indah
sepanjang hidup saya.
13. Berpusing-pusing di udara sebelum terhempas di
kawasan paya bakau, helikopter itu.
14. Ayah seorang pegawai di pejabat ini sebelum bersara
lima tahun yang lalu.
15. Telah disabitkan kesalahan membunuh, penjenayah
warga asing itu.
2. MENGENAL POLA AYAT
Contoh:
1. Rumah mewah (Frasa Nama) itu terbakar (Frasa Kerja)
2. Noraini (Frasa Nama) seorang doktor (Frasa Nama)
3. Ibu saya (Frasa Nama) cantik dan penyayang (Frasa
Adjektif)
4. Komputer riba (Frasa Nama) ini adalah untuk adik saya
(Frasa Sendi Nama)
LATIHAN
Nyatakan pola ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
1. Teksi itu dari Kuala Lumpur.
FN+FS
2. Badan lembu itu sangat kurus.
FN+FA
3. Kawan Shalini ialah seorang pemuda Jepun.
FN+FN
4. Pemandangan di tepi pantai Desaru indah nian pada
waktu senja.
FN+FA
5. Merokok membahayakan kesihatan seseorang.
FN+FK
6. Kanak-kanak itu sedang menari di atas pentas.
FN+FK
7. Puan Zaiton ialah guru kaunseling di sekolah saya.
FN+FN
8. Nenek sedang menanak nasi di dapur.
FN+FK
9. Rumah Ramu di Taman Megah Ria.
FN+FS
10. Kerajaan gigih membanteras kegiatan jenayah dalam
kalangan remaja.
FN+FA
11. Seluar adik berwarna merah muda.
FN+FA
12. Kakak Razali seorang jurutera.
FN+FN
13. Kucing saya sangat comel dan manja.
FN+FA
14. Rumah datuk Rahman terletak di Batu Pahat.
FN+FS
15. Cikgu Mahani ialah guru Bahasa Melayu saya.
FN+FN